Seorang bapa mengaku bersalah atas 30 pertuduhan merogol dan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua orang anak kandungnya di Mahkamah Sesyen Muar.
Menerusi laporan Harian Metro, lelaki berusia 53 tahun itu mengaku bersalah selepas kesemua pertuduhan dibaca jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim, Abu Bakar Manat.
Bapa yang juga merupakan seorang pekerja pembersih itu berhadapan 19 pertuduhan rogol dan 11 amang seksual fizikal terhadap dua orang anak yang berusia 12 dan 16 tahun sehingga salah seorang daripada mereka disahkan hamil.
Difahamkan, tertuduh melakukan perbuatan terkutuk itu sejak tahun 2017 ketika salah seorang mangsa berusia 10 tahun.
Bukan itu sahaja, kejadian terakhir berlaku dipercayai pada 4 Julai lalu membabitkan dua lokasi berasingan di Jeram dan Bakri.
Perbuatan terkutuk itu terdedah selepas mangsa berusia 16 tahun mengadu sakit dada sebelum menjalani pemeriksaan di hospital namun doktor mendapati dia sedang hamil.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.