Bapa Mangsa Kemalangan Ngeri Empat Sekeluarga Reda Pemergian Anak, Menantu Dan Dua Cucu

Trending

Bapa Mangsa Kemalangan Ngeri Empat Sekeluarga Reda Pemergian Anak, Menantu Dan Dua Cucu

Hari ini ulangtahun kelahiran saya, tetapi takdir telah menentukan musibah ini buat saya.

61472568561_freesizeGambar: Ahmad Faqih Nazmi, 5, dipujuk oleh ibu saudaranya Dr. Suhana Abd Rahim semasa pegebumian semua ahli keluarganya di Pokok Assam. Foto BERNAMA

Inilah luahan sedih Abdul Rahim Saad, 78, yang kehilangan anak lelaki, menantu dan dua cucu dalam kemalangan ngeri membabitkan empat kenderaan yang bergerak ke arah selatan di KM405 Lebuhraya Utara-Selatan.


Bercakap kepada pemberita di rumahnya di Taman Raja Idris, Pokok Assam, Abd Rahim, juga menyifatkan kematian anaknya lelakinya, Ahmad Faizal, 33, menantu Noor Fazilah Mat Zani, 33, dan dua cucu, Nur Aimi Nadirah, 8, serta Ahmad Fakhri Naim, 3, sebagai takdir.

Dia berkata dia diberitahu mengenai kematian mereka oleh polis yang datang ke rumahnya pada pukul 3.00 pagi.

Saya baru menghabiskan solat tahajud, dan isteri saya sedang tidur, sewaktu polis datang ke rumah dan beritahu satu kemalangan telah berlaku dan anak lelaki saya, isterinya dan dua anaknya telah terbunuh dalam kemalangan tersebut.

Saya reda pemergian mereka…mereka pergi kerana ajal mereka sudah tiba.

Abd Rahim memberitahu yang Ahmad Faizal, anak ke-10 dari 11 orang adik-beradik itu ialah seorang yang bertanggungjawab, ceria, baik hati dan mempunyai ramai kawan.

Sementara itu, ibu Ahmad Faizal, Zainab Hussin, 72, tidak menyangka yang anaknya itu tidak akan menyambut Hari Raya AidilAdha tidak lama lagi kerana dia yang paling teruja untuk pulang ke rumah bagi menyambutnya.

Sebelum pulang ke Melaka semalam (kelmarin), dia memeluk saya dan berkata akan pulang untuk menyambut Aidiladha.

Kejadian ini menyebabkan saya tak terkata apa-apa. Saya tak tahu apa yang nak dikatakan. Saya baru berjumpanya semalam. Tetapi Allah maha besar dan saya perlu menerima ketentuan ini walaupun melukakan hati saya.

Empat sekeluarga yang maut itu dikebumikan dalam satu liang lahad pada 8.00 malam 30 Ogos di  tanah perkuburan Islam Kampung Jambu, Taiping.

Advertisement
TAIPING 30 AUGUST 2016. Jenazah Koperal Ahmad Faizal Abd Rahim bersama isteri, Noorfazilah Mat Zani dan dua anak mereka, Nur Aimi Nadhirah dan Ahmad Fakhri Naim dikebumikan di dalam satu liang lahat dekat tanah Perkuburun Islam Kampung Jambu di sini. Manakala anak kedua mereka, Ahmad Faqih Nazmi terselamat setelah kenderaan yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di KM405 Lebuhraya Utara-Selatan arah Selatan pagi tadi semasa dalam perjalanan ke Melaka. NSTP/SUPIAN AHMAD

Foto: NST/Supian Ahmad

Sementara itu, anak kedua pasangan itu yang terselamat, Ahmad Faqih Nazmi,5, telah dikeluarkan dari hospital pada 11.00 pagi hari kemalangan tersebut akan dijaga oleh keluarga ibu saudaranya di Taman Kaya.

Ketika upacara pengebumian ahli keluarganya, dia dilaporkan berada dalam keadaan stabil, namun dilihat murung dan enggan bercakap.

Ada ketikanya, terlihat air matanya bergenang terutama apabila orang ramai berbicara mengenai nahas terbabit.

Kakak Ahmad Faizal, Habsah Abdul Rahim, 48, memberitahu yang Ahmad Faizal lebih suka memandu di waktu malam dan ia perkara normal bagi adiknya itu.

Sumber: Astro Awani,  NST, Sinar Harian, Berita Harian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

Comments are closed.