Bapa Mabuk Minta Anak Lapan Tahun Pandu Kereta Hingga Menyebabkan Kemalangan

Trending

Bapa Mabuk Minta Anak Lapan Tahun Pandu Kereta Hingga Menyebabkan Kemalangan

Seorang lelaki berdepan dengan hukuman penjara lima tahun kerana menyebabkan kemalangan yang melibatkan tiga kereta selepas menyuruh anak lelakinya yang berusia lapan tahun memandukan dia ke rumah kerana dia terlalu mabuk.

Mikolaj Tomaszewski, 38, minum dengan kawan-kawan di Gielnow, Poland sepanjang hari dan bila dia mahu pulang ke rumah, dia menyedari yang dia telah mengambil alkohol dalam jumlah yang tidak melayakkan dia untuk memandu.

Advertisement

Walaupun sepatutnya dia menggunakan perkhidmatan teksi, dia menelefon anak lelakinya yang berusia lapan tahun, Juliusz, untuk berbasikal ke pub, dan kemudian memandu pulang dengan dirinya sebagai penumpang.


 photo article-2560634-1B8B2A0200000578-368_634x381.jpg

Dia memberitahu pihak polis bahawa dia sering membawa anak lelakinya berlatih memandu di kawasan letak kereta  pasaraya berdekatan rumah mereka, dan merasakan anak lelakinya tidak ada masalah untuk memandu pulang ke rumah yang tidak jauh dari pub tersebut.


 photo article-2560634-1B8B29FE00000578-149_634x401.jpg

Tetapi apabila kanak-kanak tersebut berhempas pulas untuk memandu kereta Opel Corsa milik bapanya, kereta itu bertembung dengan satu kereta dari arah bertentangan. Pelanggaran itu menyebabkan kereta mereka melayang dan menghentam sebuah lagi kereta.

Ketiga-tiga kenderaan rosak teruk.

Advertisement

Bahagian depan Opus terbuka dan musnah keseluruhan.

Sebuah Peugeot kuning metalik remuk separuh, dengan roda tercabut.

Kereta ketiga kehilangan bumper.

Bapa dan anak itu bersama tiga yang lain dirawat di hospital kerana luka dan kecederaan lain.

Tomaszewski kemudiannya ditahan kerana membahayakan nyawa kanak-kanak bawah umur dan menyebabkan kemalangan.

Laporan asal: Dailymail UK


Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

2 Comments

  1. TrendViral

    February 17, 2014 at 11:22 am

    Ada sebab kenapa arak itu haram. Bila mabuk ini la jadinya.

  2. Pingback: Bapa Mabuk Minta Anak Lapan Tahun Pandu Kereta Hingga Menyebabkan Kemalangan | PautanPautan

Loading...