Bapa Kongsi Momen Terindah Bersama Anak Dalam Sebuah Lukisan Komik

Trending

Bapa Kongsi Momen Terindah Bersama Anak Dalam Sebuah Lukisan Komik

Nikmatilah saat-saat indah bersama anak-anak ketika mereka masih kecil, kerana waktu akan berlalu dengan sangat cepat. Kenakalan dan kecomelan mereka tidak akan lama, ia akan menjadi kenangan selama-lamanya.

Pada waktu inilah, anda sebagai ibu bapa perlu meluangkan banyak masa bersama bagi mencipta memori dan kenangan terindah yang bakal disimpan sehingga mereka meningkat dewasa.

Advertisement

Megat Harris, 33 tahun mencipta kenangan bersama anak perempuannya di dalam sebuah lukisan komik untuk disimpan sebagai satu memori.

Rata-rata lukisan komik yang dilukis olehnya memaparkan pengalaman kisah hidup beliau sebagai seorang ayah dan bagaimana kehidupannya bersama anak perempuan setiap hari.

Sebagai contoh, beliau menceritakan bagaimana beliau hendak tidurkan anaknya, tetapi akhirnya beliau yang kecundang lalu tertidur.

tidurkan anak

Bukan itu sahaja, lukisan komik ini juga menceritakan aktiviti yang dilakukan bersama anak di rumah.

bermain dengan anak

Situasi lain yang boleh dikaitkan dengan ibu bapa di luar sana, apabila nak bawa anak keluar berjalan. Semua persiapan telah disediakan tetapi beg tersebut pula yang tertinggal.

packing barang anak

Sebagai ibu bapa, anak-anak kita selalu buat aksi comel seperti menari. Tetapi belum sempat kita merakam, mereka tiba-tiba berhenti menari.

anak menari

Beliau turut menceritakan pengalaman isterinya dalam membesarkan anak perempuannya dalam lukisan komik ini.

isteri kongsi kisah

Lukisan komik ini menyimpan segala momen terindah untuk beliau dan isteri ketika membesarkan anak mereka.

kenangan bersama anak

Jika anda berminat melihat hasil lukisan komik beliau, layari Instagram ini untuk melihat sendiri lukisan komik yang dihasilkan olehnya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...