Bapa Kena Serangan Jantung Di KLCC, Wanita Dakwa Staf Tidak Membantu – “Kalau Bapak Aku Mati Kat Situ Macam Mana?”

Kehidupan

Bapa Kena Serangan Jantung Di KLCC, Wanita Dakwa Staf Tidak Membantu – “Kalau Bapak Aku Mati Kat Situ Macam Mana?”

Seorang wanita menuntut penjelasan daripada pihak pengurusan dan khidmat pelanggan sebuah pusat membeli belah terkenal di ibu negara, Suria KLCC.

 

Advertisement

Tak bantu pengunjung dalam kecemasan

Menerusi hantaran yang dimuat naik wanita itu di aplikasi Twitter, dia menceritakan detik di mana ibu bapanya berada dalam situasi kecemasan.

Namun, dakwanya pihak khidmat pelanggan tidak memberikan layanan terbaik malah tidak memberi bantuan yang sepatutnya ketika itu.

suria klcc

Ceritanya, kedua ibu bapanya telah berkunjung ke pusat beli belah terbabit bersama-sama dengan anak buahnya dan secara tiba-tiba bapanya mengalami serangan jantung dan sakit kepala yang melampau selain turut berpeluh.

 

Minta kerusi roda tapi…

Ibunya kemudian meminta bantuan pengawal keselamatan untuk mendapatkan kerusi roda namun dia mendakwa telah disuruh untuk mengambilnya sendiri.

Suruh pergi turun ambil wheelchair sendiri? Dan tinggalkan bapa saya dengan sakit nak mati dekat situ seorang diri? Bodoh ke apa?

suria klcc

 

“Itu prosedur”

Katanya lagi, ibunya kemudian pergi ke kaunter khidmat pelanggan dan bertanya jika ada yang boleh mengikutinya untuk membawa semula kerusi roda ke tempat asal.

Bagaimanapun, dia mendakwa pekerja yang bertugas di kaunter ketika itu menjawab ia memang prosedur yang telah ditetapkan pihak pengurusan.

Dakwanya lagi, meskipun dalam kecemasan ibu dan bapanya tetap perlu menunggu giliran untuk menggunakan lif seperti biasa kerana ia penuh.

Wey. Kalau bapak aku mati kat situ, kang jadi kes. Dah la siap kena tunggu lif sebab lif penuh. Pengawal ada kat situ. Tapi pengawal tak boleh nak bagi laluan kecemasan untuk bapa saya? Kalau mati kat situ macam mana?

suria klcc

Hantaran itu telah dimuat naik pada 12 Februari lalu dan meraih perhatian ramai warganet namun kata wanita tersebut sehingga hari ini masih belum ada maklum balas daripada pihak pengurusan pusat beli belah berkenaan.

Dalam pada itu, cerita tersebut meraih perhatian ramai warganet yang mempertikai serta mengkritik tindakan pihak pengurusan dan pengawal keselamatan bertugas di pusat beli belah berkenaan. Malah, ada yang menyindir mall kelas atasan itu mempunyai servis kelas bawahan.

malik ridhwan
11 months ago

"Kau Sihat Tubuh Badan Naiklah Eskalator" - Wartawan Teruk Dikecam, Merungut Ada 'Parent' Bawak 'Twin Stroller' Naik Lif KLCC

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...