Bapa Kejam Rogol Anak Sendiri Bergilir Gilir Selama 5 Tahun

Trending

Bapa Kejam Rogol Anak Sendiri Bergilir Gilir Selama 5 Tahun

Kisah mengenai anak malang yang dirogol bapanya sendiri tersebar meluas di beberapa platform media sosial sekarang. Kisah di mana seorang bapa yang kejam merogol anaknya sendiri bergilir gilir selama 5 tahun. Mangsa pernah mengadukan perkara tersebut kepada ibunya.

Advertisement

Malangnya si ibu enggan ambil peduli kerana takut tidak mampu menampung keluarganya jika suaminya dipenjarakan. Kakak mangsa yang juga menjadi mangsa nafsu kejam bapanya juga tidak berani melaporkan perbuatan bapanya itu kerana bimbang tiada yang dapat menyara keluarganya jika bapanya dipenjara.

Hal ini dirahsiakan sekian lama oleh keluarga ini, namun mangsa nekad untuk menceritakan kesengsaraan mereka kepada guru displin. Gurunya mengambil keputusan meminta bantuan Syed Azmi untuk membantu keluarga yang dihambakan oleh si bapa durjana.

Menurut update terbaru dari Syed Azmi, beliau telah berbincang hal ini dengan pihak JKM, team perubatan, polis dan juga peringkat tertinggi agensi kerajaan dan tindakan soal siasat akan dibuat.

Walau bagaimanapun, saya tetap akan cuba memenuhi permintaan anak-anak tersebut tetapi dengan setiap detik saya terlewat mengambil tindakan, saya risau sebarang bukti akan terpadam.

Kes ini amat rumit disebabkan keadaan dirumah yang dikawal ketat dan juga penglibatan dari dua negeri yang berbeza. Semua ini telah saya bincangkan dengan JKM termasuk ibu pejabat KPWKM. Dan mereka memahami tindakan taktik yang bijak perlu dilaksanakan.

Dah demam dah anaknya dan saya memang makin risau.
Pihak sekolah pun risau dan saya sedaya upaya cuba untuk tidak melibatkan sekolah.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...