Seorang bapa di New Delhi sanggup mengahwinkan anak perempuannya yang berumur 13 tahun tanpa pengetahuan isterinya. Susulan itu, wanita berkenaan membuat laporan polis terhadap suaminya berhubung kejadian.
Pejabat Polis Saswad, Inspektor Annasaheb Gholap berkata, pengadu tinggal di rumah ibubapanya manakala suaminya tinggal di kampung berlainan. Anak perempuannya itu tinggal bersama suaminya dan telah dikahwinkan enam bulan lalu tanpa memaklumkan kepadanya, lapor Utusan Malaysia.
“Wanita berkenaan mengetahui tentang insiden itu melalui saudara terdekat selepas dia melihat gambar perkahwinan anaknya.”
Mengikut Akta Perkahwinan Kanak-kanak 2006, perkahwinan dalam kalangan individu bawah umur tidak dibenarkan. Ini berhubung kerana kanak-kanak ditakrifkan apabila seseorang itu belum mencapai 21 tahun bagi lelaki dan 18 tahun bagi perempuan.