Bapa Hidap Kanser Usus, Amir Raja Lawak Tuntut Stesen TV Bayar Hutang RM18K Segera! – “Ini Soal Hidup & Mati Abah Saya”

Hiburan

Bapa Hidap Kanser Usus, Amir Raja Lawak Tuntut Stesen TV Bayar Hutang RM18K Segera! – “Ini Soal Hidup & Mati Abah Saya”

Pelawak yang dikenali sebagai Amir Raja Lawak menuntut agar sebuah stesen televisyen yang berhutang dengannya untuk melunaskan bayaran sebanyak RM18,000 yang masih tertunggak sehingga kini.

Menerusi hantaran di Facebook, Amir memaklumkan bahawa dia terpaksa menuntut hutangnya berkali-kali kerana terdesak mahu membiayai kos perubatan bapanya yang menghidap kanser usus.

Advertisement

Saya nak jumlah RM18,000 tanpa diskaun, tanpa bayar ansur-ansur. Ini soal hidup dan mati abah saya, dan ini soal usaha dan ikhtiar kami sekeluarga buat abah.

BACA: Amir Raja Lawak Tuntut Baki RM18,000 Dari Stesen TV Terkenal, Perlukan Duit Segera Untuk Bantu Keluarga – “Saya Cuma Nak Duit Saya”

Tulis Amir lagi, dia tidak memohon bantuan atau mana-mana sumbangan tetapi hanya meminta haknya yang masih belum dilunaskan pihak berkenaan.

Dakwa Amir, sebelum ini dia pernah memaklumkan kepada pihak produksi tentang keadaan bapanya namun tidak menerima respon yang positif.

Saya tak minta duit kamu, saya tak mintak pinjam duit, yang saya minta adalah duit dan hak saya. Dari awal abah saya ‘warded’, saya dah maklum pada diaorang, saya WhatsApp tunjuk keadaan abah saya tapi kena ‘sidai’ tanpa ada maklum balas positif.

Amir Raja Lawak

Difahamkan, pihak stesen televisyen itu pernah membuat tawaran untuk membayar pendahuluan sebanyak RM3,000 pada minggu lalu tetapi dia menolak kerana enggan berdepan situasi yang sama seperti tahun lepas.

Ujarnya, sebelum ini pihak tersebut pernah membayar RM5,000 pada awal tahun lalu namun selepas setahun lebih, sehingga kini dia masih belum menerima bayaran tambahan yang lain.

Dah tentu saya nak solid RM18,000 sekarang sebab ada kecemasan. Tak perlu saya jelaskan macam mana keadaan abah saya atau apa yang kami sekeluarga tengah hadap, mereka boleh tahu keadaan pesakit kanser usus ini macam mana.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...