Bapa Hidap Kanser Perut Berkorban, Dahulukan Rawat Kanser Isteri Dan Penyakit Anak

Kehidupan

Bapa Hidap Kanser Perut Berkorban, Dahulukan Rawat Kanser Isteri Dan Penyakit Anak

Seorang bapa sanggup melakukan apa sahaja demi kebahagiaan keluarga, walaupun mereka terpaksa berkorban harta dan nyawa sendiri. Janji keluarga diutamakan berbanding diri sendiri, itulah kasih sayang seorang bapa ataupun ayah.

Seorang bapa sanggup korbankan dirinya yang menghidap barah demi mendahulukan rawatan isterinya yang juga menghidap kanser dan anaknya mempunyai penyakit Lupus (sejenis penyakit kulit), di China.

Advertisement

Ke Meinan, 42 yang berasal dari Jiangsu, China, telah diagnosis menghidap penyakit kanser perut pada tahun 2015, manakala isterinya Wang Huaying, 46, menderita kanser payudara.

Menurut nextshark, Ke terpaksa menjual rumahnya bagi menampung kos rawatan anaknya yang bernilai 180,000 Yuan dan meminjam duit dari sahabat dan juga keluarga terdekat.

Bagi menjimatkan perbelanjaan kos rawatan, Ke dan isterinya berfikir siapa yang patut mendapatkan rawatan terlebih dahulu memandangkan kos yang mereka ada tidak cukup untuk menampung mereka bertiga.

Advertisement

Tetapi, Ke memutuskan agar isterinya turut meneruskan rawatan yang pernah dijalankan.

Awak perlu dapatkan rawatan agar dapat membesarkan anak perempuan kita sehingga beliau dewasa.

Setelah kisah sedih mereka sekeluarga tular, mereka akhirnya menerima 900,000 Yuan dalam masa 6 jam.

Duit yang anda semua sumbangkan sudah cukup untuk rawatan anak perempuan saya. Anda boleh berhenti menghulurkan bantuan sekarang.

Wang, isteri Ke mengucapkan terima kasih kepada orang awam yang menyalurkan bantuan kepada mereka.

Semoga keluarga ini sembuh dari penyakit yang dihidapi dan berjaya menempuh ujian hidup yang amat berat sebagai sebuah keluarga.

Anda ada kisah pengorbanan seorang ayah untuk dikongsikan?

Sumber: NEXTSHARK

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...