Bapa Haq Buat Pilihan Tinggalkan Kami – Norish Karman

Bapa Haq Buat Pilihan Tinggalkan Kami – Norish Karman

Walaupun isu status anak bongsu Norish Karman sudah reda, nampaknya minggu ini isu itu hangat kembali apabila Norish membuat kenyataan terbaru tentangnya seperti yang disiarkan melalui portal GUA.

Menurut Norish bapa anak lelakinya itu yang diberi nama Haq Lutfie Alexander telah memilih untuk tidak bersama Haq dan ibunya.

Saya bukan Maryam dan anak saya mempunyai bapa. Cuma bapanya memilih untuk tidak bersama kami lagi. Ini adalah hal peribadi keluarga dan jika nak cakap pasal anak saya, saya boleh bercakap tapi kalau ia menyentuh mengenai perkara lepas saya enggan memberi sebarang komen.

Saya tak takut orang bercakap buruk mengenai saya kerana keburukan itu datang daripada saya dan keindahan itu hanya dari Allah. Mereka di luar sana tak perlu mempertikaikan apa-apa pun mengenai status anak saya kerana Tuhan bagi dugaan pada saya dan saya percaya semua yang berlaku ada hikmahnya.

Menurut Norish lagi, zuriat ialah pemberian Allah jadi dia tidak malu malah berbangga dengan kehadiran Haq.

Saya juga tidak tertekan dengan kontroversi lepas malah bangga dengan kelahiran anak saya. Lagipun buat apa saya nak malu kerana bagi saya zuriat Allah yang bagi, jadi kita kena bangga dengan pemberian-Nya. Alhamdulillah, anak-anak saya sangat ‘fantastic’. Saya tidak akan menyembunyi apa-apa kontroversi dan akan berkongsi mengenai apa saja perkara dengan anak-anak.

Malah sebelum orang luar bercakap pada mereka, saya akan terlebih dahulu berlaku jujur kepada mereka dengan berbincang serta menjelaskan perkara yang sebenar. Jika anak saya bertanya mengenai perkara ini kelak, saya akan menjelaskan yang bapa dia membuat pilihan untuk meninggalkan kami.

Masa mengandung, bapa Haq ada datang berjumpa dengan kami dan memberitahu tidak akan berbincang lagi tentang perkara ini. Walau bagaimanapun, selepas perbincangan yang dibuat dia tidak lagi dibenarkan berjumpa dengan Haq selepas Haq berusia tiga bulan.

Advertisement

Begitulah cerita Norish mengenai anak lelakinya itu yang baru lahir tahun lepas. Walaupun identiti bapa Haq masih misteri, nak speku lebih-lebih nanti salah pula. Jadi doakan saja Haq yang comel akan membesar menjadi individu yang berbakti pada agama dan negara suatu hari nanti. In Shaa Allah.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

91 Comments

  1. mama comei

    November 26, 2012 at 7:07 pm

    mari hamil …www.marihamil.com

  2. berlari

    November 26, 2012 at 6:21 pm

    kau kene la trime NK dia tanak kau lgi dah.. mcm mane laa kau boleh nak jalinkan hbungan dgn laki mcm tu.. habis madu sepah dibunag.. bile dah ade anak, tanak jage.. org yg takde anak penat cri cara nak ade anak.. NK kne belajar mcm mane nk cri lelaki yg btul2 boleh jage dia n trime dia seadanye.. ok bye

  3. Anonymous

    November 26, 2012 at 6:16 pm

    NK kami nak tiga perkataan je: SAYA SUDAH NIKAH…tutup cerita…

  4. Ratu minah jambu merah/ biru

    November 26, 2012 at 5:19 pm

    tkpe la norish piara aje lah anak tu kasi dia besar yg sudah tu sudah lah benda dh berlaku tk guna nk ingat2 lagi ..pandang ke hadapan maju kan diri idopkn anak2 setle semua nye tk payah lah nk ingat2 perkara yg dh lepas ok

  5. lili

    November 26, 2012 at 5:19 pm

    ”Saya bukan Maryam dan anak saya mempunyai bapa.Saya juga tidak tertekan dengan kontroversi lepas malah bangga dengan kelahiran anak saya. Lagipun buat apa saya nak malu kerana bagi saya zuriat Allah yang bagi, jadi kita kena bangga dengan pemberian-Nya.”
    alahai…NK. sudah terang lagi bersuluh..memang la anak ko ada bapaknya! memang la anak tu anak kandung ko! tp anak haram hasil zina! itu yg masyarakat persoalkan!! bodoh punya NK! ko jgn ingat masyarakat ni bodoh mcm ko! siap bangga lagi berbuat zina & melahirkan anak luar nikah??? masyaallh…langsung x kata menyesal…/bertaubat/insaf.
    seseorang wanita yg bersuami, & melahirkan anak yg sah,x akan sesekali membiarkan anaknya dicemuh sebagai anak haram ok! x akan sesekali!!!

    • timmy tim tim

      November 28, 2012 at 10:34 am

      alamak…bangga lahirkan anak tak sah taraf ke?? what the hell?? kalautimmy jadi dia, timmy balik spore, duk diam2 dah la..x yah nak buka pekung di dada..yes, you screwed up once, but do you have to be so glib about it? “tidak tertekan dengan kontroversi lepas”..what the hell kind of answer is that??

Loading...