November 26th, 2012

Walaupun isu status anak bongsu Norish Karman sudah reda, nampaknya minggu ini isu itu hangat kembali apabila Norish membuat kenyataan terbaru tentangnya seperti yang disiarkan melalui portal GUA.

Menurut Norish bapa anak lelakinya itu yang diberi nama Haq Lutfie Alexander telah memilih untuk tidak bersama Haq dan ibunya.

Saya bukan Maryam dan anak saya mempunyai bapa. Cuma bapanya memilih untuk tidak bersama kami lagi. Ini adalah hal peribadi keluarga dan jika nak cakap pasal anak saya, saya boleh bercakap tapi kalau ia menyentuh mengenai perkara lepas saya enggan memberi sebarang komen.

Saya tak takut orang bercakap buruk mengenai saya kerana keburukan itu datang daripada saya dan keindahan itu hanya dari Allah. Mereka di luar sana tak perlu mempertikaikan apa-apa pun mengenai status anak saya kerana Tuhan bagi dugaan pada saya dan saya percaya semua yang berlaku ada hikmahnya.

Menurut Norish lagi, zuriat ialah pemberian Allah jadi dia tidak malu malah berbangga dengan kehadiran Haq.

Saya juga tidak tertekan dengan kontroversi lepas malah bangga dengan kelahiran anak saya. Lagipun buat apa saya nak malu kerana bagi saya zuriat Allah yang bagi, jadi kita kena bangga dengan pemberian-Nya. Alhamdulillah, anak-anak saya sangat ‘fantastic’. Saya tidak akan menyembunyi apa-apa kontroversi dan akan berkongsi mengenai apa saja perkara dengan anak-anak.

Malah sebelum orang luar bercakap pada mereka, saya akan terlebih dahulu berlaku jujur kepada mereka dengan berbincang serta menjelaskan perkara yang sebenar. Jika anak saya bertanya mengenai perkara ini kelak, saya akan menjelaskan yang bapa dia membuat pilihan untuk meninggalkan kami.

Masa mengandung, bapa Haq ada datang berjumpa dengan kami dan memberitahu tidak akan berbincang lagi tentang perkara ini. Walau bagaimanapun, selepas perbincangan yang dibuat dia tidak lagi dibenarkan berjumpa dengan Haq selepas Haq berusia tiga bulan.

Begitulah cerita Norish mengenai anak lelakinya itu yang baru lahir tahun lepas. Walaupun identiti bapa Haq masih misteri, nak speku lebih-lebih nanti salah pula. Jadi doakan saja Haq yang comel akan membesar menjadi individu yang berbakti pada agama dan negara suatu hari nanti. In Shaa Allah.


91 responses to “Bapa Haq Buat Pilihan Tinggalkan Kami – Norish Karman”

  1. oldmanstyle says:

    Norish Karman Mantopp!!!..geram tgk dia..huh~

  2. JAWI says:

    Baguslah …. bila waktu macam ni, tak de pula Jabatan Agama nak buat siasatan. Tapi kalau orang awam, suka sangat nak pergi serbu sampai kalau boleh nak memalukan dengan mengambil mereka untuk tatapan umum. Ada beza ke di antara kita ini semua? Nampaknya di era ini masih ada lagi wujud – yang berduit & berkuasa tetap akan lepas ke semua tuduhan.

  3. Anon says:

    Eii die ni patut kne hukum HUDUD jee. Klu kt Malaysia brani la brsuara, klu kt Indo.. ada bran kaa?

  4. Anonymous says:

    masa gambar kat wad dulu tak nak mengaku… skrg ni br ckp psl ayah budak tu…. lidah bercabang mcm ulor….

  5. X says:

    Anak Luqman Abg farahdiya kan??

Loading...