Jenayah seksual terhadap kanak-kanak kian menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Apa yang penulis ingin kongsikan ialah mengenai satu kes di mana seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun didapati telah dirogol oleh datuknya hasil pemeriksaan di sebuah hospital.
Apa yang mengejutkan, datuk kanak-kanak itu disyaki telah merogolnya, namun bapa kanak-kanak itu enggan bapanya dihukum dan mengugut akan menceraikan isterinya jika membuat laporan polis yang bapanya merogol anak mereka.
Kisah ini dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter yang menggunakan handle @bellahibernate.
Kanak-kanak perempuan enam tahun datang ke Jabatan Kecemasan (hospital) mengadu sakit ketika kencing. Hasil pemeriksaan terdapat koyakan pada selaput dara.
Nenek tahu suaminya rogol cucu, tapi tak buat apa-apa
Cerai isteri kerana buat laporan polis
Netizen telah memberikan pelbagai reaksi terhadap kejadian ini, dan menyuarakan rasa marah mereka kepada ahli keluarga mangsa yang masih ingin mempertahankan penjenayah atas dasar ‘aib keluarga’.
Seorang Netizen berkata sepatutnya ada satu akta digubal untuk mendakwa dan menghukum mereka yang tahu terdapat kejadian rogol tetapi tidak melaporkannya kepada pihak berkuasa.
Bapak dia, atuk dia, nenek dia, semua babi. I think kena ada rules orang yang tahu pasal rape tapi tak report or even support it masuk jail. https://t.co/teYOcM44hP
— Name is left blank (@dzaquanimran) May 4, 2017
Bagaimanapun, syabas diucapkan kepada ibu mangsa yang cekal membuat laporan polis untuk melindungi anak perempuannya yang masih kecil. Sekurang-kurangnya, anda tidak dihantui rasa bersalah kerana gagal melindungi anak sendiri dari lelaki durjana, biarpun bapa mertua sendiri.-amazingnara.com