Written by serenity | March 16th, 2018

Kisah putus tunang Sufian Suhaimi dengan Elfira Loy masih belum reda lagi dan masih diperkatakan Netizen. Sebelum ini, terdapat pihak mengatakan ikatan pertunangan Elfira dan Sufian terlerai kerana Sufian tidak mampu menyediakan hantaran tinggi yang diminta oleh ibu bapa Elfira dalam masa yang ditetapkan.

Sufian pula dikatakan masih belum move on dari perpisahan itu, malah sering memperkatakannya kepada pihak media sehinga menimbulkan rasa kurang senang ibu bapa Elfira. Terbaru, bapa Elfira, Ahmad Sabri Ariffin, telah memberitahu Rojak Daily kisah sebenar yang berlaku:

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.


Sejak cincin dipulangkan pada 18 Februari lalu kepada keluarga Sufian, di Muar Johor, saya fikir hal ini tidak akan berpanjangan. Malah pakcik yang mewakili keluarga Sufian ketika itu pun berharap tak perlu diperbesar dan dipanjangkan isu ini. Namun yang sebaliknya pula terjadi kerana Sufian terus-terusan bercerita dan anak saya hanya beberapa kali saja memberikan kenyataannya. Kenapa dia perlu main isu itu lagi?
Anak saya sendiri pun tak mahu panjangkan hal ini. Bagi saya bapa atau pak cik Sufian seelok-eloknya menasihati kepadanya supaya tidak terus memanjangkan hal ini. Benda ini sudah tamat. Saya faham tugas wartawan untuk mengorek cerita dan Sufian juga boleh cakap tidak dan jangan lagi memberi komen. Saya kurang pasti apakah ini semua strategi Sufian dan pihak pengurusannya mahu mempromosikan single terbarunya Di Matamu itu. Ahmad Sabri  menambah, ibu Elfira, Filzah Yusoff, terkesan dengan tuduhan sesetengah pihak yang mengatakan dirinya mata duitan.Selepas memulangkan cincin itu, saya yakin dan percaya kedua belah keluarga menerima ketentuan ini dengan lapang dada. Hal jodoh dan pertemuan itu milik Allah.

Kenapa ada yang beranggapan wang jumlah hantaran yang tinggi menjadi punca mereka putus tunang. Percayalah masa majlis merisik mahupun bertunang tak ada pun perkara ini dibangkitkan. Masa dua majlis berkenaan pihak keluarga saya sendiri tak ada minta yang minta-minta. Jadi kenapa perlu ada andaian itu dan ini.

Setahu saya, bekas isteri hanya meminta Sufian menghafal surah Al Mukh saja dan membuat tabungan sebelum tiba hari mereka berkahwin. Saya dapat tahu Januari lalu pun dia belum hafal sepenuhnya surah itu. Ada juga yang tuduh keluarga kami mahukan lelaki yang kaya untuk jadi suami Elfira.

Tak hanya disitu, istilah perampas juga terus dimainkan menuduh Elfira merosakkan kebahagiaan hubungan cintanya sebelum ini. Saya yakin Sufian ada jawapan konkrit dan perlu jujur dengan hal sebenar.

Ikutkan dari awal lagi saya dan bekas isteri yang mencadangkan anak kami untuk mempertimbangkan Sufian sebagai calon menantu. Cuma jodoh mereka tak panjang. Saya percaya baik Sufian dan Elfira kini sedang menerima hakikat Qada dan Qadar ini.

Ahmad Sabri menambah, dia rasa tawar hati sejak majlis pertunangan mereka berdua lagi:

Jujurnya ketika majlis bertunang bulan Oktober lalu pun saya sudah tawar hati. Tapi saya ikut rentak dan percaya mungkin ini semua ujian serta dugaan kecil. Majlis pertunangan pun sebenarnya kelam kabut. Saya lihat ia petanda tak baik yang hubungan mereka takkan lama. Cuma saya tidak mahu cepat buat keputusan terburu-buru kerana ia soal kebahagiaan anak sendiri.

Kira-kira dua bulan selepas bertunang iaitu pada November tahun lalu saya berbincang dengan ibu Elfira bagaimana untuk tidak meneruskan hubungan mereka. Kita orang Melayu ada cara, budaya dan adat sekalipun nak putuskan tali pertunangan. Jujur langkah saya berat tapi mahu atau tidak kena teruskan.

Saya cari waktu yang sesuai untuk pulangkan cincin selain Elfira, abangnya dan bekas isteri turut mengerjakan umrah pada awal Februari lalu. Hinggalah terjadi juga detik itu pada 18 Februari lalu.

Ahmad Sabri juga mendakwa tarikh pertunangan mereka juga sebenarnya dipercepatkan dari perancangan asal.

Selepas majlis merisik Jun tahun lalu, keluarga Sufian bercadang mengadakan majlis tunang pada bulan Februari atau Mac tahun ini. Jadi ikut pertimbangan majlis kahwin mungkin akan berlangsung Jun tahun ini. Jadi dalam hati saya bercita-cita nak taja bulan madu mereka di Makkah seperti yang diingini Elfira.

Malah jarak setahun itu saya lihat sedang elok untuk mereka kenal hati budi selain membuat persiapan kahwin. Tapi yang jadi sebaliknya apabila apabila majlis pertunangan dipercepatkan Oktober tahun lalu. Saya percaya benda yang baik wajar dipercepatkan. Namun daripada sudut lain, nampak macam ia tergesa-gesa sangat hingga majlis kahwin diberi bayangan pada bulan ini.

 

Malah, Elfira sebagai anak yang baik hanya mnegikut kata ibu bapanya:

Saya kenal anak sendiri dan jika ibu bapanya tak restu termasuk soal pilihan hidup, dia tak akan sewenang-wenangnya membantah.

Untuk makluman, Elfira dan Sufian sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada bulan ini setelah melangsungkan pertunangan Oktober lepas. – beautifulnara.com



59 responses to Bapa Elfira Loy Tawar Hati Dengan Sufian Suhaimi Sejak Majlis Pertunangan Lagi

  1. Leez says:

    Udah2 la tu. Pian dah senyap. Mak bapak El ni pulak tak berenti2 buat statement. Habis diungkit.

    76

    0
    • Opah maheran says:

      kann.. kalau opah mengadu kat mak opah yg ex tunang opah still ungkit or panjangkan cerita, msti mak opah kate, ko tak payah layan budak tu. Bukan mak opah lagi bising serang sana sini. Dah pian tu budak lagi, budak r kalau nak dibanding dengan mak pak si el tu. Yang tua2 ni tak payahlah layan. Ni depa plak yg lebih sudu dari kuah.

      14

      0
      • Anonymous says:

        Memula mmg aku kecam si pian sbb tak habis2 tunjuk lemah. Br tunang je pun. Bukan dapat anak 10, bini lari ikut laki lain. Tapi skrg ni, aku rasa nak kecam si mak bapak loy ni. Agak2 la nak bg statement pun kalau sampai habis geledah perasaan sblm tunang. tak perlu kot. Anak ko diam je pun. Mak bapak yang lebih. Tapi nama anak ko yang buruk sbb dia artis. Tak cerdik mak bapak pun.

        32

        0
        • dah keneps says:

          Dh kenapa siap cerita kes sebelum tunang…ko rasa tk sedap hatila apala….bukan calon sesuai la…adoii…mak bapak nya pon ….just keluar satu statement cerdik sudah….ni laki bini sama naik! main wayang panggong lahh!!

          21

          0
        • Anonymous says:

          Kan? Mcm tak cerdik nak bagitau perasaan sebelum tunang. Konon nak kuatkan motif kenapa takde jodoh.

          9

          0
    • Apa tk bleh says:

      Kannn……. Dah dorang laki bini pulak tk reti Senyap.. dah tu macam nk aibkan Sufian plak.. padahal si Sufian ni tk pernah pun burukkan dorang.. Sebenarnya anak dorang yg hegeh2 kt Sufian.. nk ttp kesalahan sendiri, habis semua benda nk diungkit.. dorang ingat Sufian ni tk de mak bapak ke.. Dah tua pon bodoh..

      38

      0
    • shopia lorren says:

      Pakcik dh tercabut ekor ye..
      Naik takutlh nnti org nk pinang ank pakcik nmpk gayanya ni..Ank pakcik pun bkn muda lg tu
      Tak suka pian tapi jgnlh smpai kecoh satu negara..AIB mengaibkn.. adab dh tolak tepi gamaknya

      21

      0
    • minah jambu say NO to drugs says:

      mak bapak el dorang tu eksen suka ajeeee tapi blakang tk sukaaaa dorang ni hipokrit …! n el pon bukan nye suka sangat ngan sfian dia pon hipokrit eksen suka ngan sfian..kalau betol2 suka kenape sangup putus tunang ??? el yg nak kawin pe bukan mak bapak dia yg nak kawin !! so satu famili ni samaaaa aje hipokrit ! huh ! nak tungu laki yg macmana punye kaya yg el akan kawin …tungu dan lihat ajee…!

      10

      0
    • Minah dah geram says:

      Yg aku xphm dlm cte bapak die ni plan nk tng bln 2,3 thn ni tp dicepatkn ke bln 11 thn lps..xkn yg ni slh ss kot..yg wt mjlis gilang gemilang pihak pmpn,yg tntukn tarikh bile nk wt pn pihak pmpn tlibat..jd mn dtgnye slh ss sorg dlm kes ni?ps mkin byk mk pak el ni bsuara mkin nmpk yg slh tu dtg dr fmly el ni kot..boleh lak pak die kte bncg ngn mk el utk XMENERUSKAN ptngn ank die..pttnye bbncg sblm ank ko btng..ishh,yg malu bile jd sume ni ank ko si el tu haa mkcik pkcik oiii..xpsl2 org da rejek ank ko awl2 xnk bmertuakan korg be2..soh ss move on tp mk pak si el ni pn dok mlyn nk tgakkn benang bsh..puiiii

      8

      0
    • Anonymous says:

      DARI APA YG AKU BACA..RUPANYA MAK BAPAK EL NI DAH BERCERAI RUPANYA..RUMTGGA SENDRI TK BETUL..CARI BAKAL MENANTU CEREWET NAUZUBILLAH…
      APEEELAH MAK BAPAK SI EL.NI..SEGALA PERANCANGAN TUNANG DAN KWIN ANAKNYA TU MACM MEREKA TERIMA DGN HATI TK IKLAS PULAK..PATUT DARI AWAL LAGI BWKLAH BINCANG DGN BETUL..BUKAN DH TETAPKAN HARI BARU NK LUAH TK PUAS HATI..
      NNTI DAH KWIN TAHULAH SS MENGHAFAL AYAT2 TU..MACMLAH AWAK TU BETUL SGT..SO MEREPEKLAH PAKCIK MAKCIK NI.

      19

      0
      • Anonymous says:

        Mmg lah x ikhlas sbb si El tu yg tanggung keluarga dia. Kalau dh kawen, habislah sumber pendapatan mak ayah dia.

        7

        0
  2. gg says:

    sudah la pakcik makcik oiii… ingt pian tu x de mak bapak ke alih2 pakcik makcik je yg bersuara.. time nak ari tu sume nye manis bile dah x nk sume kuar..

    32

    0
  3. Bob Barli says:

    Pakcik dan makcik selaku orang yang lebih tahu serba serbi dalam dunia hiburan sepatutnya mendiamkan diri. Saya tengok makcik yang lebih2 bercerita kat insta dia, jangan hairan lah kenapa nitizen berkata2 dan wartawan tanya Pian. Ni pakcik pulak bg kenyataan, lagi la panjang ceritanya. Kalau betul benci sangat kat Pian, jaga lah aib dia sama. Tak perlu kot nak membawang lebih2.

    18

    0
  4. boringggeee says:

    lerrhhh sekarang siapa yang banyak komen? kemain details dia bagi. LOL. Walk the talk pls.

    27

    0
  5. betty says:

    eh sudah lah pkcik.tu ari kau suh pian senyap..skg kau gan bini kau lak membebel x habis2..apahal?????? . anak kau tu pun kau nasihat gak….cm lah bagus sgtttttt. nak suh org diam..tp kau x reti diam…sarang lebah jgn dijolok…..

    19

    0
  6. ghadisk says:

    ritu beria soh si pian tu snyp la ni pkcik plk nk mbawang..adehhhh..

    14

    0
  7. lolypop says:

    “Kira-kira dua bulan selepas bertunang iaitu pada November tahun lalu saya berbincang dengan ibu Elfira bagaimana untuk tidak meneruskan hubungan mereka.”
    MAK PAK SENDIRI y xmau teruskan hubungan anaknya ka?

    52

    0
    • Elfirabakaljadiandartu says:

      haaa kan.. dia sendiri buka cerita.. dia sendiri dah plan tak nak teruskan hubungan diorg.. bila natizen ckp.. yg dia kenakan si pian juga.. padahal dia yang mcm org giler buka aib sana sini.. sama dgn bekas bini..

      30

      0
    • kelapaapa says:

      Ni semestinya kes x puas makan duit anak lg nih…nak kaut setaun dua lg…
      Tau dh spesis dua ekor org tua ganyut ni….

      4

      0
  8. mulutCAPUI says:

    aduiiii .. sape sebenarnya nak perhatian ni.. pacik.. anak ko klu glemer mcm siti nurhaliza ok la ko dgn bekas bini ko kompang sana sini , canang sana sini.. skrg ni yg lebih sebenarnya keluarga pira ni.. ckp tak serupa bikin.. elpira mmg senyap je..tp yang ko dgn bekas bini ko lebih2 dah kenapa..KO nak layan sgt ckp natizen kenapa.. si pian ni pun tak de la canang sana sini.. adoooooiii haiiii… tak tau la sape nak anak ko ni.. nak harap dpt laki mcm datin paduka eina gamaknyaa..

    11

    0
    • Anonymous says:

      mak dengan ayah el dah cerai lama ke??

      1

      0
      • Anonymous says:

        tak tau la.. cuba ko pegi dm maknya si pira ni kat IG dia..

        6

        2
        • Anonymous says:

          DARI APA YG AKU BACA..RUPANYA MAK BAPAK EL NI DAH BERCERAI RUPANYA..RUMTGGA SENDRI TK BETUL..CARI BAKAL MENANTU CEREWET NAUZUBILLAH…
          APEEELAH MAK BAPAK SI EL.NI..SEGALA PERANCANGAN TUNANG DAN KWIN ANAKNYA TU MACM MEREKA TERIMA DGN HATI TK IKLAS PULAK..PATUT DARI AWAL LAGI BWKLAH BINCANG DGN BETUL..BUKAN DH TETAPKAN HARI BARU NK LUAH TK PUAS HATI..
          NNTI DAH KWIN TAHULAH SS MENGHAFAL AYAT2 TU..MACMLAH AWAK TU BETUL SGT..SO MEREPEKLAH PAKCIK MAKCIK NI.

          1

          0
        • cerai-berai says:

          Hahhaha….mcm2lah korang nie…ahaks…

          0

          0
  9. cps says:

    Mak ayah elfira lah yang tak nak sufian dari mula rupanya. ok faham.

    22

    0
  10. melati says:

    Satu jer nk Ckp.’ Elfira Roy ni bakal ikut jejak Neelofa ( Andartu) , lagi 2 tahun bercakap lah dgn Kucing sorang2…..

    9

    2
  11. ji says:

    nara, up pula cite pengurus pian punya statement

    8

    0
  12. Anonymous says:

    udah2 la tu….. tggu dan lihat sape yg mata RM

    4

    0
  13. Anonymous says:

    Bodohla mak bapak el…..rupe2 nye ko sendiri yg rancang tuk putuskn pertunangan. Mak bakak pian diam je. Ko lak yg lebih2.

    9

    1
  14. Bukanpeminatpianpun says:

    Nampak mcm pakcik sabri plak yg x move on… Yg putus tunang dah tentu la patah hati..so wajar la kalo belum move on… Tp pakcik plak yg banyak berhujah ni.. simpan la sikit pakcik..takut makin berhujah makin terselak celanya..

    15

    0
  15. Anonymous says:

    Hidup pakcik bawang hahaha. Ini semua salah kening anak pakcik bawang.

    8

    0
  16. Aku sebatang kara says:

    Ini semua salah kening anak pakcik bawang.

    2

    2
  17. sesapeje says:

    belah pihak perempuan pulak yang banyak berbunyi…kat situ pun dh nmpk pelik…sedangkan belah lelaki x cakap pape pn…. x payah korek sgt lama-lama abih tersingkap smua rahsia….yang nmpk buruk bkn belah lelaki, belah pompuan yang nmpk mkin jelik…

    10

    0
  18. Anonymous says:

    Bosan. Dah putus, dah la.. yang dok bincang2 lagi apsal? bukan berebut hak penjagaan anak pun. Deme bukan kawin pun. Pakcik n Makcik pun bercerai. Gagal jaga pernikahan, banyak bunyi.

    24

    0
  19. pekerja swasta says:

    itu hari pacik ni kata tkmo pjg kan isu ni dan mintak pihak sana nasihatkan si pian. but now dia punya explaination skit punya pjg leborrrr smpai TERBUKAK pekung sndri bahawa diorg lah master plan dlm hal ni. Wahhhh…wayang apakah ini pacik dan macik? sungguh kebawangan eh korang.

    family pian gak yg bagus. sgt well educated. berdiam diri je sbb diam tu lebih mulia daripada bukak mulut asyik mengeji mengata. bwk2 la bertobat mak pak el ni. dah2 la tu. baik g masjid dgq ceramah kasi tenang skit n bersih jiwa tu.

    16

    0
  20. unknown says:

    beza family el & family ss.. beza family low class ngan high class.. malu la wehhh

    15

    0
  21. first-time-buka-mulut says:

    “Saya kenal anak sendiri dan jika ibu bapanya tak restu termasuk soal pilihan hidup, dia tak akan sewenang-wenangnya membantah.”

    secara terangan bapak dia yang tak merestui..

    11

    0
  22. perigi vs timba says:

    ANAK KO PON BUKAN NYA BELAJAR TINGGI MANA PON… BENDA BAIK PERMUDAHKAN AJE LAAA… AJET2 MACAM ANAK KO BLAJA OBERSEA… NAK COMPLICATED SGT BUATPEEEE MAKCIK PAKCIK OII… HAIIHHH X PAHAM..

    11

    0
  23. kelilawau says:

    “Majlis pertunangan pun sebenarnya kelam kabut. Saya lihat ia petanda tak baik yang hubungan mereka takkan lama.”…

    Statement dari abah2 yg x brp cerdik…ahli nujum pe bapak dia?

    25

    0
  24. twisties says:

    mungkin mak bapaknya tidak mahu nasib perkahwinan anak lubuk emas mereka, berakhir seperti perkahwinan mereka..
    *mode popkon*

    5

    0
  25. lin says:

    eh pakcik,,kalau ko baik sgt..ko x bercerai dgn mak elfira kaedah nya..

    9

    0
  26. Ape dah says:

    Kalau memang dari awal tak setuju hubungan diorang nape pakcik makcik kepoh ini setuju’ terima lamaran sufian , nape tak tolak saja dari mula dulu, tunggu sampai anak raja jembalang datang meminang, tak sampai pang pung pukul canang macam n, lol

    4

    1
  27. Anonymous says:

    Komen2 korang ekk..sengih2 aku baca..ada win juga…saya suka…????

    3

    0
  28. Rara says:

    Lagi cakap byk kedua2 pihak, lg byk aib n rekod.lagi merugikan kedua2 pihak. Lagi susah korang nk dpt partner yg yakin dgn korang dimasa depan. Anak2 korang pun dpt tahu rekod2 korang ni. Hahahahaha..you have to stop all this madness

    5

    0
  29. Anonymous says:

    Nk sgt dpt byk duitkn…..g suruh anak kau tu melacur je…hntaran nk meletop je..baik ko jual anak je….mak bpk yg sengal kt mukabumi…

    0

    2
  30. Anonymous says:

    Nara dah xde modal nak carik gosip lain.. bosannnnnnn
    .

    1

    0
  31. Lan says:

    Hmm so mmg salah mak bapak Elfira lah yer… tanpa sebab yg konkrit tiba2 nak putus kan pertunangan anak sendiri… Sebok lah citer rasa tak sedap hati lah konon…. tp suh gak diaorang bertunang… apa punye mak bapak lah…. pastu boleh pulak hina suffian sekeluarga konon x mampu lah simpan rm20 sehari dlm AlQuran… now padan muka semua orang dah tau citer sebenar… Piannnn ko terus kan jer bercakap pasal hal ni sampai lah ko dah move on… biarkan citer ni sentiasa di ingati…n biar tutup mulut mak bapak Elfira ni

    2

    0
  32. Minah ke do says:

    Korg prsn x npe mak si el sje ltk syrt hntrn utk hafaz al mulk?aku rse sb die sje xnk ss tu jd menantu die..die tau ss tu xkn dpt hafal al mulk tu utk tempoh bberapa bln,so sje die ltk syrt cmtu dgn hrpn syrt xmencukupi ss akn didisqualified dr jd calon..pstu nk nmpk naif ktela kalo da halaf t sng,xdela nk tdo kne bkak quran utk bc surah al mulk..nmpk cm suci sgt syrt n alsn mk el tp sebaliknye sje nk cri ape yg ss xkn mgkin dpt lakukan dlm 2,3bln pnye tempoh..ss bkn xde kje len nk dok hafal al mulk semata..kot tempoh lbh pnjg mgkinla boleh hafal..psni lelaki yg nk pinang el make sure hafal al mulk ye..hrp mk die xtkr surah lenla..tp jgn rsau,kalo laki kaya mgkin mk die soh hafal surah al-ikhlas je..

    6

    1
  33. Anonymous says:

    mak dan ayah elfira mcm trauma je

    0

    0
  34. nur sajadah says:

    Sudahlah kome….saya pun tak berapa suka ss dan el berkahwin mcm belum bersedia je…. yg selalu terucap di mulut hanyalah angan-angan je. El terlalu suka berdrama, ss terlalu ikut irama hati…..bila el tarik diri….ss terluka hati. Tunggulah kome berdua umur 35 tahun…baru kome matang menilai….time tu buatlah kenduri kahwin grand mcm fattzura. Baru teringat kome takde nama sambung. Meh…kakak beri nama SUFIRA . Biar serasi.

    0

    0
  35. Anno says:

    Pirah bapak ngan mak buka aib org. Perangai cam paria… Satu family

    0

    0
  36. minah_loy says:

    terlebih kuah dari sudu……kira ni kes mak bapak conteng arang kat muka anak la pulak .. tidak wajar

    0

    0
  37. abc says:

    cite ni saje menyebabkan harga putu mayam naik dari Rm2.00 ke Rm2.20

    2

    0
  38. sss says:

    mak dia hafal tak surah almulk tu…?

    0

    0
  39. mak cute says:

    dah2 la pakcik…masa ari bertunang tu elok je salin baju..x plak ko halang klo ko dah tawar hati…family attention seeker btul…anak ko bkn lawa mana pun wei..hrp makeup 5 inci…

    0

    0

Leave a Comment

Optional