Bapa Durjana Culik, Rogol dan Mengurung Anak Tiri Sendiri Hingga Melahirkan Sembilan Orang Anak

Trending

Bapa Durjana Culik, Rogol dan Mengurung Anak Tiri Sendiri Hingga Melahirkan Sembilan Orang Anak

Seorang bapa tiri durjana di Oklahama, Amerika Syarikat didapati mengurung anak tirinya selama 19 tahun sehingga melahirkan sembilan anak.

Advertisement

Henri Piette, 63 tahun, menculik anak tirinya Rosalynn McGinnis sejak dia berusia 12 tahun dan ‘mengahwininya’ secara haram.

Rosalynn kemudian dibawa tinggal bersamanya di dalam khemah di sebuah kawasan pedalaman di Mexico.

Henri kali pertama merogol Rosalyn ketika dia berusia 11 atau 12 tahun di bilik mangsa di Wagoner, timur Oklahoma.

Henri juga membawa Rosalyn di dalam sebuah van untuk menjalani upacara ‘perkahwinan’ di mana mangsa diberi sebentuk cincin.

Rosalyn melahirkan dua anak ketika dia belum pun berusia 18 tahun dan tujuh lagi bayi selepas itu.

Rosalyn yang kini berusia 33 tahun berjaya melarikan diri daripada Henri tahun lepas dan mendapatkan bantuan daripada Kedutaan Amerika Syarikat di Mexico.

Henri ditangkap pada Oktober dan diekstradisi ke Amerika Syarikat.

Dia kemudian didakwa di Mahkamah Persekutuan Oklahama atas pertuduhan menculik dan membawa lari gadis bawah umur dengan tujuan mengadakan hubungan seks.

Henri juga berdepan pertuduhan mencabul, rogol mangsa bawah umur dengan niat, dan penderaan kanak-kanak hingga menyebabkan kecederaan.

Jika didapati bersalah menculik, dia bakal dijatuhi hukuman 10 tahun penjara dan denda AS$250,000.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...