Di Kota Bharu, Kelantan, seorang bapa yang bekerja sebagai buruh didakwa di Mahkamah Seksyen atas pertuduhan mencabul anak perempuan kandungnya yang berusia 5 tahun sembilan bulan pada Mac tahun lalu, lapor Harian Metro.
Walau bagaimanapun, tertuduh berusia 37 tahun itu tidak mengaku bersalah dan memohon untuk dibicarakan di hadapan mahkamah Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.
“Saya tidak buat benda ni (cabul anak) dan tidak tahu apa-apa” – Tertuduh
Dalam pada itu, menerusi pertuduhan pertama tertuduh didakwa dengan maksud seksual mencabul bahagian kemaluan anak kandungnya di sebuah bilik di dalam rumah di Pasir Puteh, jam 3 petang.
Oleh itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak 2017. Bukan itu sahaja, terdapat pertuduhan kedua dimana tertuduh didakwa dengan maksud seksual melakukan seks oral kepada mangsa yang sama pada masa dan lokasi yang sama.
Jika disabit kesalahan tertuduh boleh dipenjara tidak lebih 20 tahun dan sebatan.
Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Faizuan Sulaiman tidak menawarkan jaminan kepada tertuduh. Namun, tertuduh dalam rayuannya memberitahu dia mempunyai tanggungan anak dan isteri serta mempunyai penyakit.
Sehubungan itu, mahkamah menetapkan 8 Jun ini sebagai tarikh sebutan semula kes.