Bapa Dan Dua Anaknya Ialah Antara Suspek Ditahan Kes Rogol Bergilir Remaja Di Kelantan

Trending

Bapa Dan Dua Anaknya Ialah Antara Suspek Ditahan Kes Rogol Bergilir Remaja Di Kelantan

Seorang bapa dan dua anak lelakinya ialah antara 13 suspek yang ditahan kerana merogol secara berkumpulan seorang pelajar sekolah berusia 15 tahun. Apa yang lebih teruk ialah kesemua 13 suspek mempunyai pertalian saudara.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Asisten Komisioner Lai Yong Heng berkata kesemua suspek berasal dari Kampung Hutan Pasir di Ketereh, di mana kejadian dikatakan berlaku di sebuah rumah kosong pada 20 Mei.

Advertisement

Gambar hiasan

Kesemua suspek, berusia antara 20 hingga 40 tahun mempunyai pertalian darah dengan satu sama lain. Antara mereka ialah bapa berusia 38 tahun dan dua anak lelakinya, yang telah ditahan reman selama tujuh hari.

ACP Lai turut mendedahkan bahawa gadis 17 tahun yang ditahan reman Selasa lepas dan dipercayai bekerjasama dengan suspek juga telah membuat laporan polis mendakwa dia turut dirogol oleh suspek.

Katanya, melalui siasatan, lebih 10 orang lelaki terlibat dalam kejadian itu, namun tidak seramai 30.

Bagaimanapun, beberapa orang dari mereka dipercayai merogol gadis itu sehingga tiga kali tiap seorang.

Maklumat itu, menurut ACP Lai ialah berdasarkan keterangan teman lelaki mangsa.

Teman lelakinya dipaksa untuk menyaksikan kejadian itu dan mengira berapa kali mangsa dirogol.

Laporan asal: The Star

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...