Seorang bapa di China yang berjalan kaki menggalas anaknya yang berkelainan upaya sejauh 18 batu (30 km) akan diberi satu bilik yang dibiayai kerajaan dekat dengan sekolah anaknya.
Yu Xukang berjalan jauh sambil menggalas anaknya Xiao Qing dalam sebuah raga yang diikat ke belakang lelaki itu.
Berusia 40 tahun, lelaki dari perbandaran Fengyi di wilayah Sichuan, 2, 000 batu dari barat Shanghai itu menolak untuk berputus asa dengan keadaan anak lelakinya itu yang kini berusia 12 tahun. Anaknya itu memiliki sepasang tangan dan kaki yang terkilas dan belakangnya pula membongkok.
Baca keseluruhan artikel selepas ‘jump’.
Katanya:-
Saya tahu bahawa secara fizikal, anak saya kelainan upaya tetapi tak ada apa-apa yang kurang dengan otaknya. Bagaimanapun, tidak ada satu sekolah yang lengkap dengan fasiliti di sini sudi menerima anak saya sebagai pelajar dan permohonan kami asyik ditolak. Satu-satunya sekolah yang sudi menerima terletak lima batu jauhnya ialtu Sekolah Rendah Fengxi.
Lelaki itu berpisah dengan bekas isterinya sembilan tahun lalu semasa Xiao berusia tiga tahun, dan membuat keputusan untuk membesarkan anaknya seorang diri.
Dia memutuskan walaupun dia bapa tunggal, anaknya tidak akan hidup susah dan dia mahu menyediakan peluang yang secukupnya buat anak itu.
Saya galas dia pergi dan balik sekolah sejak September lepas. Setiap pagi saya bangun pukul lima untuk menyediakan bekalan tengahari anak, kemudian berjalan lima batu ke sekolah, dan kemudian balik ke rumah untuk bekerja bagi mendapatkan wang, kemudian saya berjalan kaki ke sekolah untuk menggalas anak saya pulang.
Anak saya dengan kelainan upayanya tidak boleh berjalan sendiri dan ia bermakna dia juga tidak boleh menunggang basikal . Walaupun berusia 12 tahun tingginya cuma 90 cm. Tetapi saya bangga kerana dia pelajar terbaik di kelasnya dan saya tahu dia pasti mencapai sesuatu yang bermakna satu hari nanti. Impian saya ialah untuk melihatnya ke universiti.
Sebelum itu sekolah akan diadaptasi supaya boleh menerima pelajar berasrama, termasuk Xiao, bagi mengurangkan beban bapanya.