Bapa Beri Kejutan Hari Lahir Anak, Dengan Buatkan ‘Karipap’ Besar

Kehidupan

Bapa Beri Kejutan Hari Lahir Anak, Dengan Buatkan ‘Karipap’ Besar

Setiap ibu bapa pasti ada cara mereka yang tersendiri dalam mendidik dan melayani karenah anak-anak.

Pelbagai cerita suka dan duka telah kita dapat saksikan berkenaan sesebuah keluarga, lebih-lebih lagi ketika perintah berkurung yang sedang dilaksanakan di beberapa buah negara, ekoran masalah penularan COVID-19.

Advertisement

Baca: Kerana Sering Diganggu, Bapa Lekatkan Anak Kecil Ke Lantai Guna Sellotape

Namun, perintah berkurung tidak pernah menghalang untuk seorang bapa dalam membahagiakan anak-anaknya. Lebih-lebih lagi untuk meraikan hari kelahiran mereka.

Sama seperti ceritanya pada kali ini, apabila seorang bapa yang bernama Tim Fuge telah menghasilkan sebiji kuih bersaiz besar untuk memberi kejutan sempena hari lahir anaknya.

Menariknya di sini, kuih tersebut kelihatan seperti ‘karipap’ dan dihasilkan sebesar saiz anaknya sendiri yang berusia 2 minggu.

Karipap gergasiSelain itu, kandungan inti untuk kuih tersebut juga dikatakan sama seperti pencuci mulut terkenal yang berasal dari negara asia tenggara itu, iaitu dengan mengandungi hirisan daging, potongan kentang dan bawang.

Karipap gergasi tersebut dikatakan telah mengambil tempoh masa selama 2 jam setengah untuk menyiapkannya.

Tim sedang menghabiskan karipap gergasi tersebut

Bapa kepada tiga orang anak itu berkata, oleh kerana negara mereka kini melaksanakan ‘lockdown‘ beliau mempunyai banyak masa untuk memanggang karipap gergasi tersebut dan mempunyai masa yang lebih untuk diluangkan dengan anak-anak.

Difahamkan, Tim Fuge berjaya menghasilkan karipap gergasi seberat 2.8 kilogram tersebut setelah menjumpai cara pembuatannya secara dalam talian.

Bagaimanapun, beliau turut mengakui bahawa menghasilkan karipap gergasi tersebut adalah cabaran yang paling sukar baginya, ekoran tiada dulang yang bersaiz tepat untuk memasaknya.

Namun, setelah menyelongkar barangan dapur beliau mendapati bahawa rak pemanggang adalah ukuran yang yang sempurna untuk karipap itu.

Karipap gergasi yang mengandungi 7,000 kalori itu dikatakan mengambil masa selama 19 jam untuk dihabiskan. Selain itu, ianya juga dapat mengisi perut mereka sekeluarga sehingga penuh.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...