Bapa Belasah Lelaki 18 Tahun Sehingga Pengsan Kerana Cabul Anaknya

Trending

Bapa Belasah Lelaki 18 Tahun Sehingga Pengsan Kerana Cabul Anaknya

Seorang bapa yang terserempak dengan seorang lelaki yang melakukan aksi seksual terhadap anak lelakinya yang berusia 11 tahun membelasah lelaki itu sehingga lembik. Dia kemudiannya menelefon polis, meminta lelaki itu diambil dari ‘kolam darah’ di lantai.

article-2697700-1FC4D9FB00000578-64_634x612
Bapa berusia 35 tahun itu yang tidak dinamakan, memberitahu penerima panggilan telefon kecemasan 911 pada awal hari Jumaat:-

Advertisement

Saya masuk ke bilik dalam rumah dan terlihat seorang lelaki dewasa mencabul [nama anak lelakinya]. Sekarang saya dah buat dia bermandi darah untuk kamu, tuan.

Polis tiba di rumah lelaki itu di Daytona Beach, Florida dan menemui Raymond Frolander, 18, dalam keadaan tidak sedarkan diri.

article-2697700-1FC5F9CE00000578-108_634x550

Gambar mugshot polis yang diambil kemudiannya menunjukkan Frolander telah dipukul dengan teruk di bahagian wajah, menyebabkan bibirnya bengkak dan luka.

Apabila ditanya oleh penjawab panggilan telefon kecemasan sama ada dia ada menggunakan senjata untuk memukul, bapa itu menjawab:-

Cuma kaki dan penumbuk saya saja.

Dia pengsan atas lantai, saya dah seret dia ke ruang tamu. Tolong hantarkan ambulans, dia perlukan satu.

Dia bertuah kerana saya masih cintakan tuhan.

Dia berdiri dan seluarnya jatuh ke buku lali, tak ada apa lagi yang perlu dikatakan. Saya buat apa yang saya rasa patut saya lakukan, cuma saya tidak bunuh dia.

Menurut polis, bapa itu meninggalkan rumah sekitar 1.00 pagi untuk membeli makanan dan apabila pulang, dia mendengar bunyi aneh dari bilik tidur.

Dia menolak pintu dan dikatakan menemui Frolander dalam keadaan seluarnya melorot ke kaki melakukan aksi seksual terhadap budak itu.

Budak itu memberitahu penyiasat yang dia bermain permainan video dengan rakan-rakan dan apabila mereka pulang, Frolander membawanya ke bilik belakang dan menanggalkan seluarnya. Anak itu juga memberitahu dia telah didera seksual oleh Frolander selama tiga tahun.

Ketua polis Daytona, Michael Chitwood, turut memberitahu yang budak lelaki itu diugut oleh Frolander bahawa perkara buruk akan berlaku jika perbuatannya didedahkan.

Dia juga memberitahu bahawa Frolander mempunyai pertalian kekeluargaan yang rapat dengan mangsa.

Bapa itu tidak didakwa kerana memukul suspek, kata jurucakap polis Jimmie Flynt.

Frolander telah dibawa ke Pusat Perubatan Halifax di mana dia dirawat untuk kecederaannya.

Dalam afidavit penahanan, Frolander mengaku mendera budak itu. Dia sedang dilokap tanpa jaminan kerana mendera seksual dan tidak diketahui sama ada dia telah mengupah peguam untuk membela diri.

Laporan asal: Dailymail UK

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...