Pengguna Facebook, Azmi Ibrahim, telah memuat naik satu status mengenai seorang lelaki yang membayar polisi perlindungan insurans anaknya selama 10 tahun kerana sayangkan anak-anaknya. Bagaimanapun, salah seorang anaknya telah meninggal dunia dalam satu kemalangan. Dia telah bertanya tentang polisi insurans anaknya, namun jawapan yang diberi amat mengejutkan:

Seorang ayah pemandu lori kerana sayangkan anak-anak, telah mengambil polisi insuran dari “CIMB AVIVA Takaful Child Protection Plan” dengan membayar secara potongan gaji sebanyak RM48 sebulan x 2 orang anak-anaknya selama 10 tahun.
Minggu sudah WAWA salah seorang anaknya telah terbunuh dalam kemalangan jalanraya di Chendor, Cherating, Pahang.
Bila ibu bapa arwah Wawa bertanyakan tentang polisi yang diambil untuk arwah pada pihak insuran mereka diberitahu polisi yang mereka bayar sebanyak RM48 sebulan selama 10 tahun tidak memberi perlindungan untuk kematian.
Paling melukakan hati mereka diberitahu mereka hanya akan dibayar RM150.00 (RM Satu Ratus Lima Puluh Sahaja) untuk tamatkan polisi arwah Wawa.
KEGILAAN APAKAH INI?
Berapa ramai agaknya Rakyat Marhaen saperti ibu bapa Arwah Wawa yang “terpedaya” dengan polisi insuran Takaful (baca Takabloodyfool) yang ditawarkan CIMB atau BANK-BANK lain melalui AGEN-AGEN mereka?
Ini bukan soal LEGALITY tapi soal MORALITY!
Pastinya penjualan Plan Insuran Takaful ini melalui Telemarketers Bank-Bank ini telah “MEMPERDAYA” ribuan ibu bapa rakyat marhaen yang tidak faham selok-belok insuran apatah lagi memahami POLISI yang diberi dalam bahasa Inggeris.
THIS IS A DAYLIGHT ROBBERY terhadap rakyat yang tidak berapa cerdik dan menyangka POLISI yang mereka bayar setiap bulan bertahun-tahun demi kasih sayang mereka terhadap anak-anak mereka rupanya hanya KERTAS BODOH yang hanya memberi kekayaan terhadap pihak BANK dan SYARIKAT INSURAN.
APA TINDAKAN PIHAK BERWAJIB DALAM ISU INI?






-amazingnara.com
Sumber: Azmi Ibrahim
lana
June 25, 2016 at 8:33 am
Betul saya pun dah bayar selama 12tahun sebulan 150 suami 100 anak 70 tp kami xnampak apa2 kebaikan dlm polisi takaful ni berani n sejujurnya sy menyesal bayar tiap2 bulan bila sakit ke klinik kita juga yang perlu bayar takan kita nk minta kita sakit terok untuk kita rasa Insurance kita .. saya betul menyesal dan saya nasihat kan pada semua berhati hati dan fikir kan faedah untuk apa kita amik takaful ni dahla takaful yang saya amik ni syarikat no 1 di dunia kononnya.. minta Allah berkati saya..