Bapa Bawa Pulang Semula Jenazah Bayi Kerana Tak Cukup Wang

Trending

Bapa Bawa Pulang Semula Jenazah Bayi Kerana Tak Cukup Wang

Wang adalah segala-galanya, jika kekurangan segala urusan hidup dan mati tidak dapat diselesaikan. Bak kata pepatah dalam cerita P.Ramlee, ‘nak mati susah, hidup pun susah’. Begitulah kisah seorang lelaki yang duitnya tidak mencukupi  terpaksa membawa pulang jenazah anak ke hospital semula kerana hanya mempunyai RM150.

Advertisement

Lelaki ini bekerja sebagai pembantu gerai makan buntu dan membawa anaknya yang dilahirkan tidak cukup bulan ke hospital semula.

Menurut Harian Metro, beliau bernasib baik kerana bertemu  dengan seorang aktivis Amal Team, Mohd Zulhairi Zainol, 34, atau lebih dikenali sebagai Hery membantu urusan berkenaan sehingga selesai, termasuk membayar kos  pengebumian berkenaan.

Zulhairi memberitahu, beliau telah dihubungi oleh wakil sebuah hospital untuk memaklumkan pasangan suami isteri ini tidak cukup wang bagi menguruskan bayi lelaki mereka dengan segera.

Beliau ketika ditemui memberitahu, lelaki tersebut hanya mempunyai RM150 bagi mengebumikan jenazah anaknya. Tetapi pihak pengurusan surau meminta wang sebanyak RM300.

Ketika saya berjumpa dengannya, lelaki itu mulanya bertanya berapa jumlah bayaran yang saya kenakan (membantu menguruskan jenazah).

Saya terharu dan sedih sebelum menyatakan saya lakukan secara ikhlas tanpa mengenakan bayaran.

Terus lelaki itu memeluk saya sambil memegang jenazah bayinya dan menangis,” katanya yang turut berkongsi kisah itu di akaun Facebooknya.

Zuhairi berkata, beliau membawa lelaki berkenaan bersama jenazah bayinya ke Tanah Perkuburan Sungai Tangkas di Bangi bagi menguruskan bayi berkenaan.

Ketika berborak dengan lelaki tersebut, beliau menceritakan pihak surau tersebut meminta beliau membawa bayi mereka ke hospital selepas memaklumkan tidak cukup wang.

Ketika itu dia membawa jenazah bayinya bagi urusan pengebumian, namun selepas wang dipinta tidak mencukupi, pihak pengurusan surau itu memintanya pulang semula ke hospital.


Saya sebak dan sedih apabila mendengar kisahnya itu sedangkan urusan yang sepatutnya didahulukan adalah urusan pengebumian dan bukan urusan kewangan.

Menurut Mohd Zulhairi, dia dimaklumkan bahawa bayi berkenaan meninggal selepas isterinya lelaki itu terjatuh di dalam tandas dan menyebabkan keguguran.

Katanya, dia kemudian mengambil jenazah bayi itu bagi urusan memandi, mengafan dan mengebumikannya.

Sepanjang itu, hanya RM60 sahaja yang saya keluarkan bagi proses menggali dan mengebumikan mayat bayi lelaki berkenaan.

Paling sedih kerana sebagai orang Islam, urusan pengebumian itu sepatutnya didahulukan dan menjadi kewajipan sesama Islam untuk saling membantu, namun itu tidak berlaku.

Mereka yang ingin membantu operasi gerakan Amal Team boleh melayari akaun FB, Mohd Zulhairi Zainol.

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...