Bapa Bawa Isteri Baharu Pergi Bercuti Dengan Hasil Wang Jual Anak

Dunia

Bapa Bawa Isteri Baharu Pergi Bercuti Dengan Hasil Wang Jual Anak

Di China, seorang lelaki dituduh menjual anaknya yang baru berusia dua tahun semata-mata untuk membawa isteri baharunya pergi bercuti menggunakan wang tersebut. Dilaporkan, lelaki berkenaan didakwa menjual anak lelakinya, Jiajia, untuk meringankan beban penjagaannya.

Difahamkan lelaki itu selalu bertengkar dengan isteri pertamanya menyebabkan dia mengambil keputusan untuk berpisah dengan isterinya. Setelah bercerai, lelaki itu diberi hak penjagaan anak lelaki manakala isterinya dapat hak penjagaan anak perempuan mereka.

Advertisement

Walau bagaimanapun, lelaki itu tidak dapat memberi komitmen dalam penjagaan anak lelakinya dan terpaksa meninggalkan anak bersama adiknya di daerah yang berlainan. Tidak lama kemudian, dia pulang mengambil anaknya dengan alasan mahu membawa anaknya itu berjumpa dengan bekas isterinya.

Gambar Hiasan

Adiknya mendapati anak saudaranya itu tidak pernah sampai di rumah ibu kandungnya malah dia cuba untuk menghubungi abangnya namun tidak mendapat balasan. Laporan polis telah dibuat dan siasatan awal mendapati lelaki itu menjual anak kandungnya kepada pasangan yang belum mempunyai cahaya mata dengan harga 158,000 yuan (RM 100,200).

Menurut jurucakap polis, wang hasil jualannya itu digunakan untuk membawa isteri baharunya bercuti di seluruh negara.

Akhirnya, lelaki bersama isteri baharunya itu dilaporkan berdepan dengan dakwaan melakukan jenayah paksaan dan anak lelakinya itu diserahkan semula kepada bapa saudaranya.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...