Bapa Anut Agama Buddha, Ibu Pula Katolik, Dian Sastrowardoyo Pilih Peluk Agama Islam – “Pada Awalnya Ditentang Juga”

Hiburan

Bapa Anut Agama Buddha, Ibu Pula Katolik, Dian Sastrowardoyo Pilih Peluk Agama Islam – “Pada Awalnya Ditentang Juga”

Pelakon terkenal Indonesia, Dian Sastrowardoyo berkongsi pengalaman hidupnya yang lebih peribadi mengenai agama anutannya selama ini.

Dian peluk agama Islam ketika di awal 20-an

Kongsi Dian, setiap ahli keluarganya mempunyai pegangan agama yang berbeza seperti bapanya seorang penganut Buddha manakala si ibu adalah seorang penganut katolik.

Advertisement

Dian difahamkan seorang katolik sebelum memeluk Islam pada sekitar usia 20-an.

Ibu saya seorang katolik jadi saya dibesarkan dengan agama katolik. Bapa saya pula sebenarnya dilahirkan sebagai Islam namun sewaktu usianya 13 tahun dia mencari ‘agamanya’ dan memilih ikut aliran Buddha.

Pernah mendalami agama Buddha

Katanya, dia mencuba mendalami Buddha namun gagal menemukan jawapan atas persoalan yang dicarinya selama ini.

Sehingga saya bertemu seorang ustaz, dia telah berjaya memberi jawapan yang saya cari tentang agama selama ini.

Saya kurang ingat ayat Al-Quran yang ditunjukkan kepada saya dan ustaz memberi penjelasan sangat tepat, sejak itu saya memilih Islam sebagai agama saya.

Jelas Dian lagi, pada awalnya niat untuk memeluk agama Islam ada mendapat tentangan dalam kalangan orang terdekat namun dia nekad menjadi muslim kerana merasakan Islam adalah agama yang benar.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Bella
9 months ago

"Kenapa Tuduh Saya?" - Bella Nafi Rancang Tangkapan Khalwat, Dedah Ada Individu Cuba Beri 'Maklumat' Mengenai Aliff Aziz

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Viva co id

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...