Bapa Angkat Buka Aib, Imej Penghijrahan Syahrini Tercalar

Hiburan

Bapa Angkat Buka Aib, Imej Penghijrahan Syahrini Tercalar

Penyanyi dan aktres terkenal Indonesia Syahrini yang kini tampil dengan imej lebih sopan dan menutup aurat tercalar angkara bapa angkatnya. Semuanya bermula daripada tindakan lelaki yang dikenali sebagai Laurens itu memuat naik video menunjukkan Syahrini menari di dalam sebuah kelab malam.

12 years ago

Hubungan Cinta Bubu Dan Syahrini Berakhir

Advertisement

Lebih mengaibkan apabila Syahrini atau nama sebenar Fatimah Syahrini Zaelani kelihatan tampil dengan imej seksi dan menari bersama seorang penari lelaki ‘Mat Salih’ dalam keadaan penuh mengghairahkan di kelab malam Colosseum, Jakarta, Indonesia.

Syahrini

Perkongsian hantaran video yang dipercayai dirakam beberapa tahun lalu tersebut mula menjadi tanda tanya netizen yang bertanyakan tentang motif Laurens memuat naiknya dalam laman sosial.

“Sangat berbakat” tulis pengguna bernama @liohk dalam Instagram. Rata-rata peminat penyanyi itu kesal apabila video tersebut disebarkan pada saat penyanyi yang popular dengan lagu Sandiwara Cinta itu sudah berhijrah.

Walaubagaimanapun, masih ada segelintir netizen melemparkan kecaman ke atas penyanyi itu dan bertanyakan mengapa penampilannya dahulu seperti itu sedangkan Syahrini berasal dari keluarga yang warak agamanya.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagramTelegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...