Bapa & Anak Perempuan Sama-Sama Naik Mahkamah Syariah, Kes Tangkap Khalwat Dengan Pasangan Masing-Masing

Kehidupan

Bapa & Anak Perempuan Sama-Sama Naik Mahkamah Syariah, Kes Tangkap Khalwat Dengan Pasangan Masing-Masing

Dua beranak dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu atas pertuduhan berasingan iaitu melakukan persediaan persetubuhan haram dan berkhalwat bersama pasangan masing-masing.

Nurul Hadhari Mat Husin, 20, dan pasangannya, Che Mohammad Aidil Hakim Rozali, 20, didakwa mengikut Seksyen 31 (a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) Pindaan 2022 kerana berkhalwat.

Advertisement

Sebaik mengaku bersalah, hakim menjatuhi hukuman denda RM3,000 atau empat bulan penjara jika gagal menjelaskan denda terhadap Nur Hadhari, manakala pasangannya pula didenda RM4,000 atau enam bulan penjara jika gagal menjelaskan denda.

kes tangkap khalwat Nurul Hadhari

 

Khalwat kali kedua

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa melakukan khalwat di sebuah apartmen di Jalan Batas Baru jam 4.15 pagi, 18 Mac lalu dan ini merupakan tangkapan kali kedua.

Sebelum ini mereka yang masih bergelar pelajar kolej pernah ditangkap berkhalwat buat kali pertama di lokasi sama pada Februari lalu dan didenda RM1,900 dan RM2,000 bagi kesalahan tersebut.

Nurul Hadhari dan Che Mohammad Aidil yang kini bergelar suami isteri sejak Julai lalu bagaimanapun terlepas hukuman sebat atas kesalahan khalwat berulang.

 

Bapa pula dituduh di mahkamah berasingan

Sementara itu, bapa Nurul Hadhari pula, Mat Husin Sulaiman, 53, dan pasangannya, Aslina Razali, 37, dituduh di mahkamah berasingan atas dakwaan persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah.

kes tangkap khalwat Mat Husin Terengganu

Mengikut pertuduhan, Mat Husin yang bekerja sebagai tukang urut dan Aslina didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Kampung Surau Haji Daud, jam 5.20 petang, 19 Mei lalu.

Mat Husin dan pasangannya masing-masing didenda RM4,500 selepas mengaku bersalah atas pertuduhan persediaan melakukan persetubuhan luar nikah dan berdepan hukuman penjara setahun jika gagal membayar denda.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

lelaki di terengganu disebat depan khalayak ramai
2 months ago

Tiga Kali Berkhalwat, Lelaki Ini Dikenakan Hukuman Sebat Depan Khalayak Ramai Di Masjid Di Terengganu

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...