Seorang warga emas berusia 70 tahun cedera selepas ditetak di bahagian kepala oleh anak lelakinya yang mengalami masalah mental di di Kampung Padang Besar Selatan, Kuala Perlis, semalam.
Menurut Harian Metro, kejadian itu berlaku kira-kira jam 5 petang dan mangsa, Halim Osman turut cedera di telinga akibat ditetak dengan parang oleh anaknya yang dikenali sebagai Anuar.
Difahamkan, sebelum insiden tersebut berlaku pertengkaran di antara Halim dan Anuar sebelum lelaki berusia 40-an itu menyerang bapanya dan melarikan diri sejurus selepas kejadian.
Isteri mangsa, Rodziah Mat, 67, berkata semasa kejadian itu berlaku di sedang mengambil wuduk untuk solat Asar dan terdengar suara suaminya sedang memarahi seseorang.
Sebaik melangkah keluar dari bilik air, saya terkejut melihat suami tertiarap di lantai dengan berlumuran darah di kepala. Seorang lagi anak memberitahu Anuar bertengkar dengan ayahnya sebelum mengambil parang menetak kepala dan telinganya. Anuar menghilangkan diri sejurus kemudian.
Halim kemudian dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar oleh menantunya untuk mendapatkan rawatan dan kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Kuala Perlis.
Ada kad OKU mental, tak pernah agresif sebelum ini
Menurut keluarga, Anuar mempunyai kad Orang Kurang Upaya (OKU) Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kerana mempunyai ketidakupayaan mental dan tidak pernah seperti itu sebelum ini.
Malah Anuar adalah anak yang sering mendengar kata dan tidak pernah membantah sekiranya diminta untuk membantu.
Rodziah berkata, anaknya itu juga sentiasa menjalani pemeriksaan kesihatan psikiatri setiap bulan di HTF jadi agak sukar untuk keluarganya menerima perubahan agresif anaknya itu.
Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata pihaknya kini sedang giat mengesan keberadaan suspek.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.