Bapa 2 Anak Didakwa ‘Sentuh’ Adik Ipar Perempuan Ketika Isteri Sedang Mengandung Anak Ketiga

Kehidupan

Bapa 2 Anak Didakwa ‘Sentuh’ Adik Ipar Perempuan Ketika Isteri Sedang Mengandung Anak Ketiga

Seorang bapa dua anak dihadapkan di Mahkamah Sesyen Muar hari ini di atas pertuduhan melakukan amang seksual fizkal terhadap adik iparnya di Segamat pada tahun lalu.

Menurut laporan, lelaki yang bekerja di kedai buah itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dikemukakan terhadapnya.

Advertisement

Mengikut pertuduhan, tertuduh berusia 24 tahun itu didakwa melakukan perbuatan berkenaan terhadap adik ipar perempuannya berusia 14 tahun dalam bilik di sebuah rumah.

Kejadian itu berlaku antara jam 8 hingga 10 pagi pada bulan November dan mangsa ketika itu tinggal bersama tertuduh dan kakaknya iaitu isteri lelaki tersebut.

Mangsa bagaimanapun tidak menceritakan terus kejadian yang berlaku itu sehinggalah dia berpindah ke rumah seorang lagi kakaknya.

lelaki amang seksual fizikal adik ipar

Kesalahan itu dilakukan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKKSTKK) 2017 yang dibaca bersama Seksyen 16 akta sama.

Hukuman bagi Seksyen 14 ialah penjara sehingga 20 tahun dan sebatan manakala Seksyen 16 iaitu tambahan hukuman, penjara maksimum lima tahun dan sebatan tidak kurang dua kali, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 5 Ogos ini untuk sebutan serahan dokumen dan lantikan peguam tertuduh serta membenarkan ikat RM12,000 dengan seorang penjamin.

Turut dikenakan terhadap tertuduh, syarat tambahan agar dia melapor diri di balai polis berhampiran dan tidak boleh mengganggu atau berkomunikasi dengan saksi pendakwaan terutama mangsa sehingga kes selesai.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

lelaki 70 tahun didakwa amang seksual remaja 14 tahun
3 weeks ago

Atuk 70 Tahun Hidap Penyakit Jantung & Diabetes Didakwa Amang Seksual Remaja 14 Tahun

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...