Bao Xishun – Lelaki Kedua Tertinggi Di Dunia

Trending

Bao Xishun – Lelaki Kedua Tertinggi Di Dunia

Bao Xishun (juga dikenali sebagai Xi Shun atau “Lelaki Besar”) lahir pada 1951 ialah seorang penternak yang berasal dari Mongolia Dalaman di China, yang diiktiraf dalam Buku Rekod Dunia Guiness sebagai antara manusia paling tertinggi di dunia (kedua tertinggi).

Advertisement

Bao Xishun bekerja di Hospital bandar Chifeng selama beberapa bulan ketika ketinggiannya diukur  2.47 meter (8 kaki 1 inci). Bao menghidapi rheumatism, kerana sikapnya waktu kanak-kanak yang suka tidur di luar rumah.

Bao Xishun mendakwa tingginya normal saja, sehingga berusia 16 tahun,  apabila dia membesar secara mendadak dan sampai pada ketinggian sekarang 7 tahun selepas itu.  Bao berkhidmat dalam Tentera Pembebasan Rakyat selama tiga tahun dan bermain bola keranjang tentera sehingga penyakit rheumatism muncul semula dan dia terpaksa meninggalkan tentera. Selepas itu dia kembali ke Mongolia Dalaman untuk tinggal bersama ibunya.

Pada usia 45, dia menjadi pendiam selepas kematian ibunya sehingga dia ditawarkan kerja sebagai penyambut di sebuah restoran. Dia cepat mendapat perhatian dari media tempatan yang membantu dia memohon rekod dunia dari Guinness bagi pihaknya.

Bao Xishun mengahwini seorang jurujual Xia Shujuan pada 24 Mac 2007. Perkahwinannya penuh adat istiadat Mongolia dan ditaja oleh lebih 15 syarikat berlangsung pada 12 Julai 2007.

Sumber.

***

Bazar Seni Industri Budaya akan berlangsung setiap bulan mulai 23 – 25 Mac ini di perkarangan Panggung Bandaraya, Jalan Raja, Kuala Lumpur ( berdekatan dengan Dataran Merdeka ), ada jualan produk-produk budaya masyarakat Malaysia, demonstrasi, pertandingan, pameran, persembahan dan Bazar Seni Industri  Budaya juga ialah medan aktiviti remaja kreatif. Nak tahu lebih lanjut, hubungi Rahmat di 03-2052 3600, like Fanpage Bazar Seni atau e-mel rahmat(at)jkkn.gov.my

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

1 Comment

  1. Kedai TeddyBear Terbaik Punyaaa

    February 22, 2012 at 9:38 am

    Tingggi nyer..Senang nak ambil buah kelapa..:D