“Banyakkan Amalan…” – Peroleh 11A SPM, Pelajar Cemerlang Ini Kongsi Rahsia Kejayaan

Trending

“Banyakkan Amalan…” – Peroleh 11A SPM, Pelajar Cemerlang Ini Kongsi Rahsia Kejayaan

Umum tahu bahawa tanggal 10 Jun hari ini merupakan hari yang dinanti-nanti oleh pelajar SPM untuk menyemak keputusan mereka.

Berkongsi keputusan yang cemerlang, Nur Aishah Zakaria yang memperoleh 11A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 pastinya amat bersyukur dan gembira.

Ketika ditanya mengenai rahsia kejayaanya, anak kepada pemandu lori itu berkata, amalan kerohanian merupakan perkara penting termasuk memperbanyakkan solat sunat dan berpuasa pada Isnin dan khamis.

Pelajar Maktab Mahmud Langkawi itu tidak menyangka akan memperoleh 6A+ dan 5A dalam SPM 2020 yang diumumkan secara dalam talian, hari ini.

Advertisement

“Pelbagai cabaran saya dan rakan hadapi termasuk penutupan sekolah dan Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) akibat Covid-19”

“Terkejut, tapi kejayaan ini amat mengembirakan selepas kuat berusaha”

Nur Aishah berkata, sepanjang peperiksaan SPM tahun lalu dia dan rakan-rakan diwajibkan oleh pihak sekolah supaya tinggal di asrama.

“Tinggal di asrama juga menjadi cabaran kerana ia menjadi budaya baharu bagi saya yang tidak pernah tinggal di asrama sepanjang persekolahan”

Pelajar ini juga akan membuat panggilan video dengan ibu dan ayah untuk dapatkan kata-kata semangat, terutama sebelum masuk dewan peperiksaan.

Ujar Anak kedua daripada tujuh beradik ini lagi, dia berminat untuk melanjutkan pelajaran ke Tingkatan Enam dan mengambil Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

“Cita-cita menjadi pensyarah, dan sebelum itu saya mahu belajar hingga ke peringkat Doktor Falsafah dan memastikan di hadapan nama ada gelaran ‘Dr’

“Insya-Allah dengan usaha yang kuat, diiringi doa daripada ibu dan ayah, kejayaan boleh dicapai walaupun berhadapan pelbagai cabaran”

Alhamdulillah, tahniah buat semua pelajar SPM, apapun keputusan, anda dah lakukan yang terbaik!

Tetaplah gagah maju kehadapan, kejarlah kejayaan hingga ke menara gading.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...