July 26th, 2017

Cuti sekolah selama seminggu bakal tiba bulan 8 ini. Anak-anak Abang Nara akan bercuti selama seminggu. Fuh!!! Masih terbayang lagi betapa sengsaranya ketika mereka bertiga cuti seminggu sempena Hari Raya Aidilfitri baru-baru nie. Kelam-kabut dibuatnya. Untuk cuti kali ini, Abang Nara perlu ada perancangan untuk menghabiskan masa dan tenaga mereka.

1

3 budak ini kalau dibiarkan memang huru-hara rumah dibuatnya

Maka Abang Nara dan wife memulakan pencarian tempat bercuti untuk bawak anak-anak tercinta ketika cuti sekolah ini. Dalam negara, luar negara semua kami kaji. Akhirnya kami telah berjaya shortlist kan tempat percutian kepada 3 sahaja. Salah satu daripadanya ialah Macao.

2

Secara jujur, pada mulanya memang Macao tak masuk langsung dalam senarai percutian kami. Iyerlah, kita nak bawak anak-anak berjalan. Mestilah nak pergi ke tempat yang banyak attractions untuk kanak-kanak. Selepas kaji punya kaji, memang Macao ini adalah satu tempat perfect untuk bawak anak-anak bercuti. Banyak gila-gila tempat untuk mereka lawati yang confirm akan enjoy punya. Antaranya:-

1. Macao Giant Panda Pavilion

showImage

Budak-budak semuanya memang suka binatang. Lagi-lagi binatang yang jarang ditemui seperti panda. Macao Giant Panda Pavillion yang sebenar 3000 meter persegi ini membolehkan para pengunjung melihat dengan mata sendiri kecomelan panda-panda gergasi yang tinggal di situ. Banyak aktiviti best yang boleh dilakukan di situ seperti memberi panda makan, belajar tentang habitat panda dan macam-macam lagi. Confirm anak-anak Abang Nara akan excited dapat tengok panda secara “live”. Boleh baca lebih lanjut tentang Macao Giant Panda Pavillion ini di sini.

4

2. Tengok bunga api bersempena “29th Macao International Fireworks Display Contest”

5

Ini adalah salah satu aktiviti sangat best untuk dinikmati seisi keluarga. Percikan bunga api akan menghiasi ruang udara sekitar Macao Tower pada bulan September dan Oktober ini bersempena Macao International Fireworks Display Contest yang ke 29. Setiap tahun, ratusan ribu pelancong akan hadir ke Macao untuk menonton pertandingan ini. Kalau Abang Nara sekeluarga jadi pergi ke Macao, harap-harap “timing” kena dengan pertandingan ini. Rugi kalau tak dapat tengok. Maklumat lanjut boleh baca di sini.

6

3. Anim Arte Nam Van

7

Terletak di Nam Van Lakeside Plaza, Anim Arte Nam Van menggabungkan permainan air seperti mendayung bot, kedai kebudayaan & kesenian serta pelbagai kafe makanan & minuman untuk para pengunjung. Tambahan pula, ada juga pasar kraf terbuka yang selalunya buka pada hujung minggu.

Waktu petang di sini memang best bawa anak berjalan-jalan sambil melihat mereka berseronok dengan pelbagai aktiviti yang disediakan. Sambil-sambil tue bolehlah dating dengan isteri tercinta dengan mengayuh bot yang ala-alan macam swan (seperti dalam gambar) yang disediakan. Romantis!!!

8

4. Taipa Grande Nature Park

9

Petang-petang kalau nak penatkan anak-anak sambil kita merehatkan diri menikmati udara segar, bolehlah pergi berjalan-jalan ke Taipa Grande Nature Park. Banyak aktiviti untuk kanak-kanak dan orang dewasa di situ seperti berbasikal, bermain “grass sliding”, berpiknik, buat barbeque dan macam-macam lagi. Yang penting masuk adalah percuma dan kawasannya amat luas untuk di”explore” oleh anak-anak anda. Maklumat lanjut boleh baca di sini.

10

5. Beramah mesra dengan karekter kartun dari Dreamworks

11

Anak-anak Abang Nara memang penggemar cerita kartun seperti Kung Fu Panda, Madagascar dan Shrek. Anak korang pun confirm suka kan? Jadi Abang Nara dah boleh bayangkan betapa excitednya mereka jika dapat bertemu karekter-karekter tersebut secara live. Di Macao, kita boleh jumpa kesemuanya di Sands Cotai Central bersempena “DreamWorks Experience All Star Parade”. Time nie lah nak ambil gambar, nak beli souvenir dan nak beramah mesra dengan watak-watak kartun dari DreamWorks. Confirm anak-anak happy tak ingat punya. Makumat lanjut di sini.

12

Sebenarnya banyak lagi tempat-tempat dan aktiviti-aktiviti best yang boleh dilakukan oleh seisi keluarga di Macao. Kalau nak tulis semuanya memang tak habis. Antaranya seperti ,Pier 16 Macau 3D World, melihat pertunjukan House of Dancing Water, menghayati sejarah peninggalan di Ruins of St. Paul’s dan banyak lagi. Senang cakap, Macao adalah antara pilihan terbaik untuk anda pergi bercuti di musim cuti sekolah ini.

13

Ruins of St. Paul’s yang merupakan salah satu UNESCO World Heritage Site

Kalau nak tahu lebih lanjut, sekarang ini Macao Tourism sedang mengadakan “roadshow” di Pulau Pinang, Ipoh, Kota Kinabalu dan Kuching. Jadi inilah peluang anda untuk bertanya apa sahaja tentang Macao di “roadshow” tersebut. Berikut adalah details “roadshow” yang bakal berlangsung:-

Nama Roadshow: Experience Macao & Macao Mega Sale
Penang: Gurney Plaza, 27-30 Julai 2017
Ipoh: Ipoh Parade, 3-6 Ogos 2017
Kuching: The Spring Shopping Mall 11-13 Ogos 2017
Kota kinabalu: Imago Shopping Mall 18-20 Ogos 2017

Maklumat lanjut tentang roadshow ini boleh layari Facebook Macao Tourism Malaysia. Selamat bercuti ke Macao.




Comments are closed.

Loading...