Pelakon Isa Khan lantang menegur trend drama Melayu moden yang menurutnya semakin dipenuhi adegan berbaur soft porn sehingga mengganggu akhlak penonton, khususnya golongan muda. Dalam perkongsiannya di Threads, Isa melahirkan rasa kecewa dengan naskhah tempatan yang dilihat semakin hilang nilai seni dan moral.
Menurut Isa atau nama sebenarnya Mohammad Fara Aidid Ali Dad, banyak drama hari ini terlalu bergantung kepada babak-babak tidak senonoh semata-mata untuk mengejar rating.
Katanya, drama yang disiarkan di televisyen merupakan tontonan umum yang turut diakses kanak-kanak, namun masih dipenuhi jalan cerita murahan seperti isu penyondol, cinta terlarang dan konflik panas.
Drama Melayu sekarang banyak tak senonoh. Terlalu banyak babak berunsur ‘soft porn’ kononnya nak naikkan rating, sampai maruah agama tergadai.
Budak kecil pun tengok. Tak habis-habis cerita fasal penyondol. Tak peliklah ramai orang menyampah dan tak tengok TV dah.
Isa menegaskan bahawa karya seni sama ada filem mahupun drama seharusnya mendidik, bukannya merosakkan masyarakat.
Isa sebelum ini juga pernah mengkritik trend lagu Jamilah di TikTok kerana dianggap memalukan dan menggalakkan komen-komen nakal yang menjatuhkan nilai wanita serta agama.
Tegasnya, pembikin drama perlu mengambil tanggungjawab untuk menghasilkan karya yang memberi manfaat kepada penonton.
Nak berkarya biarlah yang ada manfaat untuk orang lain.
Bukan hanya untuk kepuasan sendiri dan mencemarkan imej agama serta beri pengaruh buruk kepada masyarakat.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
