“Banyak Sangat Benda Lagha!” – Pentas Pavilion ‘Meletup’, Netizen Anggap Balasan Buat Acara KLFW2022

Hiburan

“Banyak Sangat Benda Lagha!” – Pentas Pavilion ‘Meletup’, Netizen Anggap Balasan Buat Acara KLFW2022

Baru-baru ini, tular satu video memaparkan momen kawasan berdekatan pentas dalam pusat membeli-belah Pavilion meletup secara tiba-tiba dan difahamkan berlaku petang, semalam.

Video rakaman terbabit telah dikongsikan oleh pengacara, Datuk Aznil Hj Nawawi ketika sedang menunggu giliran untuk memperagakan pakaiannya di atas pentas Kuala Lumpur Fesyen Week (KLFW2022).

Advertisement

Selain itu, tular juga satu lagi video sama yang dikongsikan oleh seorang pengguna di Facebook tetapi di sudut yang berbeza.

Dapat dilihat dari kedua-dua rakaman yang dimuat naik, beberapa anggota keselamatan sudah bersiap sedia memadam kebakaran sebelum berlaku letupan kecil yang difahamkan berlaku di belakang pentas.

Susulan itu, ramai netizen yang meninggalkan komen di ruangan komen hantaran berkenaan dengan mengatakan ia adalah teguran daripada Allah SWT buat mereka yang berada di KLFW2022 itu.

Pentas Pavilion meletup

Terdapat beberapa warganet merasakan pertunjukan fesyen itu semua melalaikan dan tidak perlu dilakukan sebenarnya kerana langsung tidak memberi manfaat kepada mana-mana pihak.

Difahamkan dari laporan pihak Pavilion, punca insiden itu berlaku kerana alatan kabel yang digunakan terlalu panas, namun sudah digantikan dengan baru serta melaporkan tiada yang tercedera.

4 bulan lalu

"Tang Mana Fesyen Pun Tak Tahu" - Netizen Kecewa Tengok 'Design' Baju Tradisional Makin Mengarut

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

1 Comment

  1. Anonymous

    August 22, 2022 at 10:00 pm

    tu pun x sedar2 lg..

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...