Banyak Reviu Kritik CGI Sumpahan Jerunei, Daiyan Trisha Akhirnya Dedah Cerita Sebenar – “Dah Bayar Tapi Tak Siapkan Kerja”

Hiburan

Banyak Reviu Kritik CGI Sumpahan Jerunei, Daiyan Trisha Akhirnya Dedah Cerita Sebenar – “Dah Bayar Tapi Tak Siapkan Kerja”

Filem Sumpahan Jerunei arahan Jason Chong baru-baru ini dikritik sesetengah warganet di media sosial gara-gara CGI yang dikatakan seperti hasil pelajar filem.

reviu sumpahan jerunei
9 months ago

"Tak Best Langsung, Tak Layak Masuk 'Cinema'" - Macam Kerja 'Student' Filem, CGI 'Sumpahan Jerunei' Dikritik Ramai

Advertisement

Terbaru, salah seorang pelakon filem tersebut Daiyan Trisha telah tampil membuat pendedahan tentang isu CGI yang menjadi bualan ramai.

Aktres itu berkata hasil CGI tersebut adalah kerana masalah yang dilalui pihak produksi dengan individu yang pada asalnya bertanggungjawab untuk mengendalikan kesan khas.

Kata Daiyan, lelaki yang berasal dari Amerika Syarikat itu tiba-tiba mahu namanya ditukarkan menjadi pengarah filem tersebut.

Apabila permintaannya itu ditolak, dia menarik diri dan tidak menyelesaikan tugasnya sehingga selesai meskipun sudah menerima bayaran.

Bila penerbit tidak bersetuju dia terus balik AS dan dia tak siapkan kerja. Apa yang saya tahu, penerbit sudah membayarnya dengan bayaran yang tinggi… tetapi dia tidak menyelesaikan tugasnya.”

@daiyantrisha22 long story short basically we got screwed over by a white man #sumpahanjerunei ? original sound – Daiyan Trisha

Dalam pada itu, Daiyan tetap berterima kasih kepada mereka yang telah menyokong dan membeli tiket untuk menonton filem tersebut.

Dia juga akui kekurangan CGI serta menghormati dan menerima setiap pandangan yang diberikan oleh orang ramai selepas menonton.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...