Banyak Pelakon Kurang Berbakat, Ia Salah Penerbit Yang Pentingkan Rupa Sahaja – Bront Palarae

Hiburan

Banyak Pelakon Kurang Berbakat, Ia Salah Penerbit Yang Pentingkan Rupa Sahaja – Bront Palarae

Bront Palarae nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi bukan?  Bront merupakan salah satu pelakon yang  cukup berbakat dan versatile.  Berilah apa sahaja watak, pasti beliau dapat menjiwainya dengan baik dan memikat hati penonton.

Advertisement

Sudah lama berkecimpung dalam bidang lakonan tanah air, Bront ada memberikan pendapat mengenai lambakan pelakon yang kurang berbakat di tanah air.

Pada pendapat Bront, perkara itu berlaku kerana sikap penerbit yang lebih mementingkan rupa daripada bakat lakonan.

Saya tak rasa salah pelakon-pelakon baru dan sedar industri seni tanah air memerlukan mereka yang mempunyai paras rupa. Punca utama terletak pada pihak penerbit yang lebih gemar memilih mereka yang tidak mempunyai bakat lakonan. Siapa yang kacak dan cantik diberi keutamaan untuk membintangi sesebuah karya yang besar.

Disebabkan itu, ada sesetengah filem mendapat sambutan yang agak hambar. Mengambil contoh daripada negara luar, mereka akan hantar pelakon ke kelas lakonan dan memberi mereka peluang melakonkan watak kecil dahulu untuk menimba pengalaman sebelum ke layar yang lebih besar.

Jika di luar negara, para pelakon dihantar ke kelas dan dari sudut memberi peluang, mereka diberi watak-watak kecil terlebih dahulu sebelum mampu untuk memegang watak yang lebih besar. Tapi kalau kita di Malaysia, seperti buka majalah cari barang perabot.

Apa yang dikatakan Bront itu ada benarnya juga, kalau kita lihat beberapa drama juga  kadang-kadang kita tidak kenal pun hero ataupun heroin mereka, bila ada pelakon kena kritik kayu banyak pula pihak yang melenting.

Sumber Berita : Astro Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...