Pelakon senior, Rita Rudaini tampil membuka mulut apabila dia merasakan ramai pelakon baru dalam industri seni kini bersikap sombong dan berlagak.

Menurut ibu tunggal kepada dua orang anak ini, dia selalu melihat pelakon yang baru melibatkan diri dalam dunia lakonan tidak bertegur sapa dan kelihatan sombong apabila berada di set penggambaran.
Menurut Rita lagi, untuk menjadi pelakon yang profesional dan bertahan lama dalam industri, perkara seperti itu haruslah dihentikan.
View this post on Instagram
“Antara nasihat yang boleh saya kongsikan kepada pelakon-pelakon baru , jangan sombong di set penggambaran. Terus terang saya katakan, kebanyakan yang saya lihat sangat berlagak, tak bertegur sapa pun dengan orang lain.”
Tambahnya, apabila seseorang itu bergelar pelakon yang baru, seseorang itu mestilah bersikap ramah dan tidak sombong untuk bertanya agar dapat memahami watak dalam memudahkan proses lakonan bukan sahaja untuk diri mereka tapi buat keseluruhan krew produksi.
View this post on Instagram
Menafikan dia berasa iri hati apabila tampil memberikan pernyataan seperti ini, Rita berkata apa yang diluahkan hanyalah sekadar nasihat yang terbit ikhlas daripada sanubari.
Perkembangan terkini, Rita kini dapat dilihat aksi lakonannya dalam filem terbaru arahan sutradara terkenal Khabir Bhatia yang berjudul Kerana Korona. Filem tersebut sudah mula ditayangkan menerusi pawagam rumah anda menerusi Astro First sejak 21 Januari yang lalu.

tecit
February 9, 2021 at 11:10 am
yela zmn die dlu social media xkuat sgt. fans2 pon xleh nk direct contact dgn artis. so bile depa dekat set depa kene bersuai kenal, kene beramah mesra dgn semua org. influencer2 pelakon2 baru skg byk fans kt ig. femes xfemes dikira pada berapa byk followers. rase femes sikit dr pelakon lain mula la belagak sombong bongkak. feeling lebih femes dr org lain. dumbass
Anonymous
February 8, 2021 at 8:32 am
betul tu ingat lagi lagaknya.
caranya cakap di tv tu lagi tak naklah ckp dgn dia
Dida
February 7, 2021 at 9:54 pm
Ehhhhhh…bukan ke…awak jugak belagak diva dengan peminat suatu ketika dlu??…tulah zaman cepat berubah….jgn marah. ..ni sememangnya hukum alarm. ..