“Banyak Menteri Dah Kena Tipu” – ‘Budak NASA’ Ditamatkan Perkhidmatan Di Program Felo Perdana, KBS Dapati Sijil Tidak Tulen

Kehidupan

“Banyak Menteri Dah Kena Tipu” – ‘Budak NASA’ Ditamatkan Perkhidmatan Di Program Felo Perdana, KBS Dapati Sijil Tidak Tulen

Tular sebelum ini mengenai seorang pemuda yang mendakwa dirinya mendapat biasiswa daripada NASA sehinggakan memperoleh ucapan tahniah daripada mantan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dan juga Khairy Jamaluddin.

Terbaru, pemuda itu kembali diperkatakan netizen setelah dia didapati bekerja di Pejabat Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia (MITI) sebagai felo perdana namun mempunyai pencapaian yang mencurigakan.

Advertisement

Malah, ada netizen secara ‘suka rela’ tampil menyiasat keaslian anugerah-anugerah serta pencapaian yang didakwa palsu dan tidak pernah wujud; gara-gara ‘kantoi’ sebelum ini mengenai ‘scam’ biasiswa NASA tersebut.

Susulan ‘siasatan suka rela’ netizen itu, difahamkan pemuda berkenaan telah ditamatkan daripada mengikuti program felo perdana di bawah MITI selain akan diberikan sesi kaunseling.

Difahamkan, pemuda itu telah melanggar terma perjanjian program kerana resume dan sijil yang dikemukakan juga tidak tulen.

Perkara itu turut diuar-uarkan Kementerian Belia dan Sukan serta menteri MITI, Tengku Zafrul juga telah mengambil maklum mengenai isu tersebut.

Pihak mereka juga memaklumkan akan mengambil langkah yang lebih proaktif seperti menyemak kelayakan mereka yang ingin menjadi sebahagian daripada program Felo Perdana itu di masa akan datang.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Twitter
8 months ago

"Anak 'Somebody' Ke?" - Jadi Perdana Fellow, Remaja Lelaki 'Kantoi' Menipu Kerja NASA Didakwa Ada Pencapaian 'Meragukan'?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...