Tular sebelum ini mengenai seorang pemuda yang mendakwa dirinya mendapat biasiswa daripada NASA sehinggakan memperoleh ucapan tahniah daripada mantan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dan juga Khairy Jamaluddin.
Terbaru, pemuda itu kembali diperkatakan netizen setelah dia didapati bekerja di Pejabat Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia (MITI) sebagai felo perdana namun mempunyai pencapaian yang mencurigakan.
Eh? Dulu dia ada tipu pasal NASA tu kan? So macam ada keraguan pasal achievements-achievements tu.
Jom kita siasat semasa lunch time ni. Sekejap je kot. ??
Ini adalah thread… https://t.co/GT2UxoQQcI
— ?Arif E.? (@arfdy12) September 12, 2023
Malah, ada netizen secara ‘suka rela’ tampil menyiasat keaslian anugerah-anugerah serta pencapaian yang didakwa palsu dan tidak pernah wujud; gara-gara ‘kantoi’ sebelum ini mengenai ‘scam’ biasiswa NASA tersebut.
Susulan ‘siasatan suka rela’ netizen itu, difahamkan pemuda berkenaan telah ditamatkan daripada mengikuti program felo perdana di bawah MITI selain akan diberikan sesi kaunseling.
Difahamkan, pemuda itu telah melanggar terma perjanjian program kerana resume dan sijil yang dikemukakan juga tidak tulen.
Perkara itu turut diuar-uarkan Kementerian Belia dan Sukan serta menteri MITI, Tengku Zafrul juga telah mengambil maklum mengenai isu tersebut.
Pihak mereka juga memaklumkan akan mengambil langkah yang lebih proaktif seperti menyemak kelayakan mereka yang ingin menjadi sebahagian daripada program Felo Perdana itu di masa akan datang.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.