“Banyak Mengajar Sampai Bahasa Melayu Saya Lancar” – Mark Adam Tinggalkan Hot FM

Hiburan

“Banyak Mengajar Sampai Bahasa Melayu Saya Lancar” – Mark Adam Tinggalkan Hot FM

Februari lalu, pelakon dan penyanyi, Mark Adam diumum sebagai penyampai radio segmen Geng Pagi Hot di stesen radio Hot FM menggantikan Shuib Sepahtu yang mengundur diri pada akhir Januari. Bergandingan bersama Fizie, ramai yang terhibur mendengar telatah selamba Mark Adam yang mencuit hati.

3 years ago

"Kerjaya Saya Berubah 360 Darjah, Fikir Banyak Kali Sebelum Terima.."-Mark Adam Ganti Shuk Sahar Di Hot FM

Advertisement

Walau bagaimanapun, Mark Adam menerusi entri terbaru di Instagram mengucapkan selamat tinggal kepada pendengar dan rakan-rakan penyampai. Penyanyi yang popular dengan lagu Marry Me ini mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak memberikan tunjuk ajar sepanjang khidmatnya di situ.

Selamat tinggal Hot FM

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mark Adam Official (@markadam1079)

Saya nak ucapkan terima kasih banyak kepada pendengar-pendengar Hot FM. Pendengar-pendengar GPA, petang dan malam. Di sini saya nak ucapkan selamat tinggal kepada Hot FM. Saya nak ucapkan terima kasih banyak kepada rakan-rakan di Hot FM. Banyak mengajar sampai bahasa Melayu saya lancar.

Rakan penyampai, Fizie dilihat menitiskan air mata memeluk Mark Adam yang berkhidmat untuk kali terakhir, hari ini. Meluahkan rasa bertuah kerana telah diberi peluang belajar, Mark Adam memohon pendengar setia menyokong stesen radio tersebut.

Terima kasih pendengar

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mark Adam Official (@markadam1079)

Terima kasih banyak pendengar. Teruskan sokongan kepada Hot FM kerana ada benda-benda baik yang akan datang. Selama saya berada di sini, saya sangat bertuah dengan kerjaya yang diberikan tapi hidup harus diteruskan.

Tapi apa yang saya nak sampaikan cinta dan sayang saya kepada pendengar dan rakan-rakan di Hot FM.

Di ruangan komen, rakan artis dan netizen mengucapkan selamat maju jaya kepada artis serba boleh ini. Mereka turut menyatakan bakal merindui lawak selamba Mark yang tidak dibuat-buat itu.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagramTelegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Mark Adam

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...