“Banyak Lagi Tempat Menarik..” – Mat Saleh Luah Kuala Lumpur Tak Menggambarkan Malaysia Sebenar, Ini Kata Netizen

Kehidupan

“Banyak Lagi Tempat Menarik..” – Mat Saleh Luah Kuala Lumpur Tak Menggambarkan Malaysia Sebenar, Ini Kata Netizen

Melalui aplikasi X, tular ciapan seorang pelancong asing berkongsikan pandangannya mengenai Malaysia selepas bercuti di negara ini.

Melalui hantaran tersebut, individu tersebut berkata Malaysia seakan-akan sama dengan bandar Amerika Syarikat dan dalam ciapan yang sama, dia turut membandingkan seluruh bandar di negara yang pergi dikunjungi seperti Chiang Mai (Thailand), Ho Chi Minh (Vietnam), Merida (Mexico), Tokyo (Jepun), dan Yogyakarta (Indonesia).

Advertisement

KL tak menggambarkan Malaysia

Menurut pelancong tersebut, Kuala Lumpur tidak menggambarkan sepenuhnya tentang Malaysia walaupun bandar berkenaan merupakan simbol negara Malaysia.

Saya suka Malaysia, tapi bukan di KL. KL bukanlah keseluruhan Malaysia. Ada banyak lagi tempat menarik di negara ini yang lebih mencerminkan budaya dan keunikan Malaysia. Tempat yang betul-betul melambangkan Malaysia contohnya seperti Terengganu, Melaka, Kedah, Pahang, Sarawak, Sabah dan Penang.

facebook post KL tak melambangkan malaysia

Netizen Malaysia bersetuju

Pandangan pelancong itu telah menarik perhatian ramai dan salah seorang netizen Malaysia bersetuju dengan individu terbabit di platform Facebook.

Terbaca dekat Threads, mat saleh ni cakap dia tak suka KL dan penerangannya sangat masuk akal. Tepat dan padat.

Meninjau di ruangan komen hantaran terbabit, rata-rata netizen Malaysia bersetuju dengan luahan pelancong itu dan berharap pelancong mahu bercuti di negara ini tidak perlu hanya tumpukan di Kuala Lumpur saja, perlu meneroka ke negeri lain.

lelaki cerai luah perasaan
2 months ago

"Hampir Gila, Aku Hilang 17KG.." - Kaum Lelaki Kongsi Momen-Momen 'Gelap' Lepas Bercerai, Ramai Luah Rasa Kasihan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...