Kurang setuju dengan pendapat sesetengah pihak yang ingin membatalkan konsert Coldplay, penyanyi rap dan aktivis kemanusiaan, Caprice berpendapat bahawa ada pelbagai lagi cara yang boleh dibuat untuk menunjukkan solidariti terhadap rakyat Palestin.
Kata Caprice atau dipanggil Cap ini, tindakan membatalkan konsert tersebut tidak munasabah memandangkan Malaysia tidak boleh lari daripada hiburan seperti konsert Aina Abdul baru-baru ini ataupun rancangan program realiti seperti All Stars Gegar Vaganza yang ditayangkan.
Palestin sudah melalui peperangan lebih dari 75 tahun. Saya rasa ada banyak lagi cara lain daripada nak suruh kita jangan berhibur atau jangan tengok hiburan. Contoh doa, derma, boikot dan banyak lagi.
View this post on Instagram
Pada masa yang sama, Cap menegaskan hiburan ini bukan sesuatu yang salah jika masing-masing tahu bagimana untuk menunjukkan sokongan mereka. Jika mahu membatalkan konsert yang dianggap hiburan itu, lebih baik tutup semua sekali seperti Astro dan landasan hiburan yang lain ujarnya.
Terdahulu, terdapat segelintir pihak yang berkeras untuk konsert Coldplay dibatalkan sebagai tanda hormat dan sokongan kepada negara Palestin.
Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.