Aidil nyata berpuas hati dengan keputusan tersebut dan ia dapat di lihat menerusi senyumannya ketika memuat naik foto selepas perbicaraan tersebut berlangsung di akaun Instagram miliknya.
Ramai sebenarnya peminat beliau mengucapkan tahniah kerana kes tersebut telah selesai dan mendoakan kebahagian beliau. Namun, ada juga peminat yang mempersoalkan adakah Rita akan membuat tuntutan lain selepas ini.
Nak tahu apa yang Aidil jawab?
Jawapan Aidil itu turut mendapat perhatian beberapa peminat Rita dan aktres itu juga telah membalas apa yang dinyatakan oleh Aidil yang menunjukkan seolah-oleh beliau yang menang kes berkenaan. Rita memberitahu selama ini bukan nilai wang tersebut yang beliau perjuangkan tetapi maruahnya.
Buat Aidil Zafuan kalau kes sudah selesai dan anda di arahkan untuk bayar tuntutan tersebut tunaikan sahaja lah tanggungjawab anda, tidak perlu membalas komen dengan menyelitkan unsur seakan ingin mencari gaduh lagi. Masing-masing sudah dewasa tidak perlu tunjukkan sikap tidak matang.