June 24th, 2015

Kami pasti hampir 99.99 peratus artis di Malaysia kini mempunyai pelbagai akaun media sosial. Melalui media sosial mereka boleh berkomunikasi dengan peminat, mempromosikan diri ataupun menjana pendapatan sampingan.

Namun, buat penyanyi Syafinaz Selamat beliau sama sekali tidak ingin membuka sebarang akaun media sosial kerana tidak mempunyai masa selain menyedari bahawa pelbagai komen negatif yang bersifat keanak-anakan dilemparkan oleh masyarakat kepada sesetengah artis.

Selain itu, Syafinaz menyifatkan teguran yang dilakukan kepada seseorang menerusi komen di Instagram boleh membuka aib individu terbabit dengan cara yang amat memalukan.

Memang saya tidak berminat untuk membuka akaun media sosial kerana saya tiada masa untuk melayan pelbagai kerenah dan ragam di sosial media. Kebanyakan komen negatif yang diberikan begitu keanak-anakan. Saya tak nafikan media sosial ini mempunyai kebaikan dan keburukan sendiri. Model dan pelakon, Amber Chia, sering menggesa saya untuk membuat akaun Instagram.

Tidak dapat dinafikan melalui akaun media sosial sahaja mereka boleh jana pendapatan ribuan ringgit dengan memberi review sesuatu produk tetapi etiap perkara mempunyai implikasinya tersendiri dan apabila seorang artis membuka sebarang akaun media sosial, mereka harus menyiapkan diri untuk menerima penghinaan, cacian serta spekulasi daripada pengikut mereka.
Sumber Berita: Berita Harian


Comments are closed.

Loading...