Banyak Kes Rasuah Dilumpuhkan, SPRM Berjaya Rampas Lebih RM31 Bilion Aset Dalam Tempoh 5 Tahun

Berita

Banyak Kes Rasuah Dilumpuhkan, SPRM Berjaya Rampas Lebih RM31 Bilion Aset Dalam Tempoh 5 Tahun

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, mendedahkan lebih RM31.4 bilion aset berjaya dirampas dalam tempoh lima tahun, dengan hampir RM28 bilion daripadanya dilucut hak.

Katanya, rampasan itu membabitkan kes sindiket penyeludupan, penyelewengan dana dan pemilikan aset mewah hasil aktiviti jenayah, termasuk hartanah, wang tunai, kenderaan mewah, jam tangan berjenama dan beg eksklusif.

Advertisement

Ini termasuk operasi besar seperti Op Metal yang menyaksikan penyitaan aset dianggarkan lebih RM183 juta susulan serbuan terhadap sindiket penyeludupan besi.

Tan Sri Azam Baki SPRM

Bukti jelas SPRM sentiasa proaktif

Ujarnya lagi, rampasan lain termasuklah aset hartanah bernilai RM620 juta dalam projek rangkaian fiber, selain aset mewah bernilai RM32 juta dari kediaman seorang ‘Tan Sri’ membabitkan 217 unit jam tangan mewah dan 27 unit tas tangan berjenama.

Tidak ketinggalan, dalam kes penyelewengan dana bina lebuh raya, SPRM menyita lebih RM36 juta aset termasuk wang tunai, kereta mewah dan akaun bank.

Kata Azam lagi, salah satu peranan utama SPRM melalui Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) adalah memulihkan dan melucuthakkan harta tak alih, selain harta alih, yang diperoleh hasil daripada aktiviti jenayah.

SPRM sita aset

Kesemua operasi tersebut merupakan bukti jelas bahawa SPRM sentiasa proaktif dalam mengesan, menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terbabit dalam aktiviti rasuah dan pengubahan wang haram.

Sita dan lucut hak aset sangat penting 

Dalam pada itu, Azam berkata melalui Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) adalah memulihkan dan melucuthakkan harta tak alih, selain harta alih, yang diperoleh hasil daripada aktiviti jenayah.

Namun, proses pelupusan harta tak alih yang dilucut hak bukanlah perkara mudah kerana membabitkan pematuhan undang-undang dan peraturan kompleks serta memakan masa panjang, terutama apabila ada proses rayuan atau pertikaian undang-undang.

SPRM kini menguruskan 41 hartanah yang masih menunggu pelupusan dan cabaran utama ialah ketiadaan mekanisme seragam serta peruntukan khusus untuk kos penyelenggaraan dan guaman.

sindiket penyeludupan didalangi pegawai kanan ATM
2025-08-14 10:40:12

Terima Rasuah Lebih RM3 Juta, 5 Pegawai ATM Ditangkap Dalang Sindiket Penyeludupan Barang Terlarang

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...