Pelancong yang berkunjung di pulau popular terletak di Greece iaitu Santorini meluahkan rasa kecewa apabila tempat terbabit dikatakan ‘indah khabar dari rupa’.
‘Perangkap’ buat pelancong
Salah seorang pengguna Reddit yang dikenali sebagai Shanbarra-98765, pulau tersebut merupakan ‘perangkap’ buat pelancong yang mahu menikmati permandangan indah.
Ia hanya penuh dengan pelancong sehingga sukar untuk bergerak. Kemudian ada banyak keldai.
Tidak akan kembali ke Pulau Santorini
Bukan saja individu terbabit yang meluahkan rasa tidak puas hati, malah ada juga pelancong yang pernah mengunjungi pulau itu berjanji tidak akan kembali semula ke Santorini.
Saya benci Santorini! Anda tidak boleh membayar saya untuk kembali ke tempat itu.
Dapat dilihat dari foto yang dikongsikan, terlalu ramai pelancong yang mengunjungi pulau terbabit hingga susah untuk bergerak.
Sememangnya gambar dipaparkan itu berbeza dengan Pulau Santorini yang sering ditunjukkan oleh pempengaruh media sosial.