Banyak Kali Masuk Hospital, Puteri Aishah Dedah Dirinya Tabah Diuji Kesakitan

Hiburan

Banyak Kali Masuk Hospital, Puteri Aishah Dedah Dirinya Tabah Diuji Kesakitan

Selepas diduga dengan pelbagai kesakitan yang menimpa dirinya, pelakon Puteri Aishah tampil memuat naik foto dirinya berada di atas katil sebuah hospital di laman Instagramnya.

Advertisement

Menurut Puteri, beliau dimasukkan ke hospital berikutan perlu menjalani pembedahan gigi dan sakit cyst yang dialaminya.

“Alhamdulliah.. selesai dah operation buang impacted tooth dan cyst. Tahun ni banyak kali keluar masuk hospital. I’ts okay, ada orang kata i’m strong girl.”

Bagaimanapun, pelakon itu juga tidak terlepas memaklumkan kepada umum bahawa gelang berwarna merah jambu yang dipakainya itu bukanlah gelang kuarantin, sebaliknya ia merupakan gelang wad untuk penjagaan harian.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya dilihat tampil menzahirkan rasa simpati kepadanya.

Selain menitip doa agar Puteri cepat sembuh, ramai juga yang memberi kata-kata semangat kepadanya agar dirinya sentiasa kuat menghadapi segala dugaan yang dihadapi kini.

Untuk rekod, Puteri sebelum ini dimasukkan ke hospital susulan pembedahan arteri jari yang terputus. Selain itu, beliau juga selain pernah disahkan positif COVID-19 pada April lalu selepas pulang dari menjalani penggambaran di Scotland.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...