“Banyak Jubah ‘Walid – Walid’ Yang Terbakar..” – Dr Maza Puji Karya Drama Provokatif Bidaah Arahan Erma Fatima

Hiburan

“Banyak Jubah ‘Walid – Walid’ Yang Terbakar..” – Dr Maza Puji Karya Drama Provokatif Bidaah Arahan Erma Fatima

Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau lebih dikenali sebagai Dr Maza tampil memuji karya kontroversi drama Bidaah yang diarahkan oleh Erma Fatima.

Menerusi satu hantaran di Threads, Dr Maza berkata drama tersebut mampu membuka mata masyarakat mengenai realiti sebenar yang terlindung di sebalik nama agama.

Advertisement

dr maza puji erma fatima

Malah, Dr Maza berkata drama Bidaah itu telah menyebabkan ramai dalam kalangan ‘walid’ kini sudah mula berasa kurang senang.

Hebat bagi sebuah karya seni yang berjaya membakar jubah  ‘walid-walid’ yang selama ini bersembunyi atas nama kerohanian untuk menghisap harta dan diri pengikut mereka.

Akhirnya, mereka mula kepanasan dan mengulas dengan penuh emosi. Ketika mereka mengangkat jubah bimbang terkena api, mereka terlupa perkara lain pula yang terdedah.

Erma Fatima kemudian dilihat berkongsi pujian Dr Maza itu di satu hantaran Instagram miliknya.

Perkongsian tersebut kemudiannya menerima pelbagai respon di mana ramai yang menyofatkan drama tersebut sebagai tidak skeptikal dan ‘bernafas baru’.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

cik epal bawa han potong rambut dekat kedai bekas suami Dewi
23 hours ago

Bekas Suami Dewi Gunting Rambut Han, Tindakan Cik Epal Curi Tumpuan Ramai - "Ada Yang 'Shaking'.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...