“Banyak Janji Mulut Saja..” – Lama Tak Muncul Di Kaca TV, Rusdi Ramli ‘Cuak’ Tiada Tawaran Berlakon

Hiburan

“Banyak Janji Mulut Saja..” – Lama Tak Muncul Di Kaca TV, Rusdi Ramli ‘Cuak’ Tiada Tawaran Berlakon

Sejak kebelakangan ini, kita jarang melihat pelakon, Rusdi Ramli muncul di mana-mana kaca television.

Menurut laporan Mstar, Rusdi mendedahkan dia kini tidak menerima sebarang tawaran lakonan dan kali terakhir menjalani penggambaran drama adalah kira-kira tiga bulan yang lalu.

Advertisement

Bagaimanapun, pelakon berusia 52 tahun itu menjelaskan dia tidak berkecil hati apabila tidak mendapat tawaran kerja, sebaliknya bimbang kerana tidak mempunyai pendapatan lain.

Tak kecil hati tapi cuak tak ada kerja. Saya tak ada back up, itu masalahnya. Memang betul-betul ini saja pendapatan.

Dalam pada itu, Rusdi berkongsi perkembangan terkini dimana dia menerima tawaran lakonan namun hanyalah janji mulut semata-mata.

Sekarang ini banyak yang janji mulut… yang tangguh pun banyak juga. Kadang-kadang mereka takut kalau dah mengarah tak nak berlakon.

Malah, pelakon filem Waris Jari Hantu itu menolak dakwaan mengatakan dia memilih kayta tertentu menyebabkan dia jarang muncul di dalam drama atau filem.

Tapi bagusnya mereka akan tanya… masih berlakon lagi ke? Saya beritahu saya masih berlakon.

Namun, Rusdi tetap meluahkan rasa syukur apabila masih ada pihak yang beri kepercayaan kepada dirinya untuk berlakon dalam drama akan datang.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 years ago

"Tu Bayi La Lahan*t, Mereputlah Kau Dalam Neraka" - Izara Aishah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Mstar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...