Baru-baru ini, isteri kepada pengarah dan pelakon Syamsul Yusof dikhabarkan sedang hamil anak sulung mereka. Susulan itu, bapa kepada Syamsul iaitu pengarah dan penerbit, Datuk Yusof Haslam enggan mengulas lanjut tentang berita tersebut.
Mahu menjaga hati semua pihak
Menurut Yusof, dia menolak memberi sebarang komen berkenaan dakwaan itu untuk menjaga hati semua pihak terutama isterinya, Datin Fatimah Ismail dan anaknya.
Tambah pengarah ini, hal tersebut juga atas sebab dia dan Syamsul sudah lama tidak berhubung dan ini juga kali pertama dia serta keluarga pertama kali mendengar khabar ini.
Saya tidak mahu komen mengenai itu. Saya tidak mahu memberi sebarang penjelasan kerana ada banyak hati yang perlu saya jaga.
Saya tidak boleh memberi komen apa-apa kepada benda yang saya tidak tahu. Kami juga sudah lama terputus hubungan.
@melodiberapi Datuk Yusuf Haslam tidak mahu memberi sebarang komen mengenai dakwaan telah menerima cucu baru dari pengarah Syamsul Yusuf & Ira Kazar. #meloditv3 #irakazar #syamsulyusof #skopproductions #datoyusofhaslam #pregnant #cucuatok ♬ original sound – Melodi tv3
Rimas sering ditanya
Dalam pada itu, Yusof juga mengakui berasa kurang senang dengan pertanyaan wartawan yang berhubung isu keluarga dan anaknya.
Dia juga berharap agar orang ramai mendapatkan jawapan kepada persoalan itu daripada tuan badan sendiri bagi mengelakkan sebarang salah faham.
Jujur saya katakan, saya rimas. Tetapi, sebagai selebriti, kita tidak boleh membelakangkan wartawan. Bagaimanapun, jawapan itu tetap ada batasnya.
Sama ada saya atau isteri, kami tidak mengikuti akaun media sosial dia. Jadi kami tidak tahu. Disebabkan itu saya tidak boleh hendak memberi sebarang komen.
View this post on Instagram
Meskipun sudah lama tidak berhubung, Yusof mengakui tetap akan menyayangi anaknya dan sentiasa memberi sokongan pada setiap karya yang dihasilkan olehnya.