“Banyak Followers Tak Semestinya Instafamous”, Ini Ciri-Ciri Influencers Sebenar Anda Patut Tahu

Kehidupan

“Banyak Followers Tak Semestinya Instafamous”, Ini Ciri-Ciri Influencers Sebenar Anda Patut Tahu

Pengguna media sosial pastinya sangat sinonim dengan golongan yang dipanggil Instafamous ataupun Influencers di Instagram, Twitter, Facebook dan juga YouTube. Kalau sebut sahaja Influencers, mesti ramai yang terbayangkan individu dengan pengikut yang ramai di media sosial.

Golongan yang secara ringkasnya digelar social media influencers ini mempunyai pengikut dan pengaruh mereka yang tersendiri. Tapi apakah yang dilakukan oleh seorang social media influencer yang sebenar?

Advertisement

Menghasilkan content yang bermanfaat

Influencer yang sebenar akan menghasilkan content atau kandungan digital yang memberi impak yang bagus kepada penonton. Kerana pengaruh mereka yang besar, seharusnya mereka menggunakan platform yang ada untuk mempengaruh peminat kepada benda yang bermanfaat.

Contohnya, kandungan Public Service Announcement (PSA) yang dilakukan oleh YouTuber terkenal iaitu Math Lutfi ini. Bukan sahaja boleh mendidik orang ramai tetapi dalam masa yang sama ianya menghiburkan.

Mempunyai pengikut yang sebenar

Jumlah pengikut bukanlah menjadi ukuran kerana yang penting kualiti daripada kuantiti. Mempunyai pengikut yang ramai tidak menjadikan seseorang itu sebagai Influencers. Zaman sekarang ini, untuk menaikkan jumlah pengikut, macam-macam boleh dilakukan.

Advertisement

khairul aming
Berbeza pula kalau seseorang itu sememangnya mempunyai pengikut setia yang juga pengguna tegar sosial media. Pengikut akan sentiasa mengikuti perkembangan dengan mengikuti akaun sosial media.

Macam Khairul Aming yang sememangnya terkenal dengan video masakan yang dimuatnaiknya. Video masakannya bukan sahaja nampak sedap tetapi resepinya sangat mudah diikut oleh orang muda yang tidak tahu memasak.

Interaksi yang tinggi, bukan syok sendiri

interaksi
Kadar interaksi antara pengikut dan influencers itu sendiri memainkan peranan yang penting dalam menentukan sama ada influencers tersebut legit atau tidak. Lihat pada entri atau post yang dihasilkan, adakah terdapat reaksi seperti likes, komen atau pun share daripada pengikut mereka.

Jika jumlah pengikut ramai tetapi komen ataupun ‘likes’ sedikit, ini sangatlah tidak logik. Berkemungkinan, semua pengikut itu bukanlah pengikut ‘sebenar’ mereka. Jadi, pengikut ramai tak semestinya influencers yang legit ya.

Tak semua yang anda lihat di sosial media ini adalah bahagia semata-mata. Ada yang berpura-pura nak meraih populariti dengan cara yang singkat. Menurut kajian, 15% daripada jumlah yang dibelanjakan kepada ‘fake influencer’ telah mengakibatkan kerugian kepada jenama yang membelanjakan wang mereka.

Kerugian yang terkumpul bernilai hampir RM5 billion setahun dan dijangka meningkat kepada RM6 billion setahun. Jadi, berhati-hati kenali Influencers sebenar.

Sumber: Borneo

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...