“Banyak Duit Habis..” – Ada Keluarga Mangsa Terpaksa Tarik ‘Report’, Harap PU Azman Bertaubat

Kehidupan

“Banyak Duit Habis..” – Ada Keluarga Mangsa Terpaksa Tarik ‘Report’, Harap PU Azman Bertaubat

Baru-baru ini, terhadap seorang individu yang merupakan ahli keluarga mangsa yang terlibat dalam kes gangguan seksual pendakwah bebas, PU Azman tampil bersuara selepas ada beberapa netizen kata saksi memutar belit cerita.

Kata individu yang bernama Farhan Azmii, pihak mereka terpaksa menarik balik laporan terhadap pendakwah itu kerana perjuangan untuk menegakkan keadilan tidaklah semudah yang disangkakan.

Advertisement

Menurut Farhan, terlalu banyak prosedur yang perlu melibatkan ramai orang dan ia juga berlangsung berhari-hari serta banyak kos yang keluar.

mangsa pu azman

Dalam pada itu, individu tersebut turut berkata proses naik turun mahkamah melibatkan wang ringgit yang banyak dan disebabkan itu, faktor kewangan perlu difikirkan untuk jangka masa panjang.

Bahkan Farhan berharap agar netizen tidak semudahnya buruk sangka terhadap pihak mahkamah kerana mereka sudah menjalankan tugas dengan sempurna.

mangsa pu azman

Kini keluarga Farhan hanya mampu pasrah dengan perkara yang sudah berlaku serta mendoakan agar si pelaku bertaubat, malah peristiwa ‘hitam’ itu juga tidak lagi disebut oleh ahli keluarga kerana tidak mahu membuat mangsa bertambah trauma.

BACA: Saksi Dedah PU Azman Minta Mangsa Untuk Menghisap Kemaluan Sehingga Keluar Air Mani & Bercium Mulut

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...